BILA JARI JEMARI BERSUARA!
Salam rakan2 blogger..harini takde kuliah so dapat menulis entry sampai lebam..hahah..isu harini nak kongsi berkenaan sejenis penyakit yang disebabkan oleh haiwan iaitu LEPTOSPIROSIS..jap2..tutup mulut tu dulu...LEPTOSPIROSIS ialah Penyakit yang merebak melalui air kencing binatang seperti tikus dan haiwan domestik seperti khinzir,anjing dan lembu..~Kalau masih ingat tentang sebab kematian Arwah Din Beramboi ialah disebabkan penyakit ini..tanpa melengahkan masa anda yang sedang excited baca jom kita kenali penyakit ni~
Definisi Leptospirosis~
-Merupakan penyakit yang disebabkan oleh gram negatif dari genus leptospira.Genus leptospira ini menjangkiti haiwan.Haiwan yang dijangkiti pula akan merembeskan bakteria tersebut melalui air kencing secara berperingkat-peringkat ataupun berterusan.Malah haiwan yg telah divaksin juga boleh merembeskan bakteria ini.(Sumber Konsumerkini).
Adakah boleh menjangkiti manusia?
-YA~menurut sumber Kesihatan..Leptospirosis boleh menjangkiti manusia melalui haiwan kerana ia tergolong dalam kategoti Zoonosis iaitu menular dari haiwan ke manusia secara kebetulan.
Bagaimana Penyakit ni menjangkiti manusia?
-Melalui pendedahan kepada air kencing haiwan seperti tikus.Boleh menjangkiti manusia melalui mulut,mata,hidung..kulit melecet dan kesan luka.
Siapakah golongan yang berisiko tinggi dijangkiti penyakit ini?
-Mereka yang banyak terdedah dengan haiwan seperti pekebun..peladang..pekerja zoo..veterinar dan dan yang sering terdedah dengan tempat kotor seperti tempat pembuangan sampah.
Apakah simpton terkena penyakit ini?
-sakit otot..cirit birit..mata merah..pening kepala dan berdenyut2...dan demam panas...
-Penyakit ini sering dianggap demam biasa..oleh itu jika anda demam panas cepat2 membuat diagnosis dihospital.
-Penyakit ini boleh menjadi lebih kronik jika lambat dicegah..seperti pendarahan pada bahagian kulit..kegagalan ginjal berfungsi..serta pendarahan pada paru-paru..
Setiap sesuatu pasti ada pencegahan~
-Amalkan langkah keselamatn ketika berada dikebun atau merawat haiwan seperti memakai penutup seperti sarung tangan..Kasut but..mask dan sebagainya..
-cuci tangan dan bersihkan diri selepas berkebun ataupun merawat haiwan
-elakkan melakukan aktiviti seperti berenang dan sebagainya ditempat yang berkemungkinan besar mengandungi urin atau najis haiwan.
-pastikan tikus dikediaman anda dikawal seperti menggunakan racun ataupun perangkap tikus untuk membunuhnya.
-Pastikan kawasan kediaman bersih dari sampah sarap yang menjadi tempat tikus mencari makan
Kesimpulannya..penyakit ini merupakan penyakit yang dijangkiti melalui air kencing haiwan seperti tikus..seperti kita sedia maklum tikus sukakan tempat yang ktor untuk membiak..oleh itu sentiasa pastikan kediaman anda bersih agar tikus tidak bersarang..
CEGAH SEBELUM PARAH!!!