January 26, 2011

KARYA| DIMANAKAH KITA?

BILA JARI JEMARI BERSUARA!
Lama sudah tak bekarya...kali ni mahu santai sikit..sama-sama kita hayati~

SAJAK: DIMANAKAH KITA?
OLEH :LOQMANUL HAKIM

Dalam gelap malam...
Diselubungi kabus tebal..
Bingit dengan nyanyian cengkerik hutan..
Kaki melangkah tanpa henti..
Dimanakah kita?

Sayup-sayup suara memanggil...
Kita tercari-cari..namun alam seakan gelap..
suram..sepi...dan kian suram..
sesepi musim dingin...
sesekali kaki memijak ranting..
lantas berlarian unggas-unggas..
Dimanakah kita?

Rintik hujan merenjis ke muka..
Sesekali dikesat muka..
kaki masih gagah melangkah..
hati makin berdegup kencang..
Dimanakah kita?

Hingga kini..masih tertanya-tanya..
Dimanakah kita...?



6 comments:

  1. dah malam memang ar gelap..huhu

    **Kita tercari-cari..namun alam seakan gelap..

    ReplyDelete
  2. @IMANSHAH adeh..hehehheheh..ada maksud tersirat tau...heheh

    ReplyDelete
  3. tak sangka cikgu nie pandai wat sajak....

    ReplyDelete
  4. poem with full of semantically meaning......

    ReplyDelete
  5. huhu
    kamu minat berkarya juga ya?
    bagus!
    teruskan berkarya...]
    boleh perbaiki lagi mutu penulisan..

    bahasa yang puitis
    amat diperlukan dalam menulis sesebuah sajak
    tetapi
    yang penting
    puitisnya itu bukan yang sudah lazim didengar..
    sajak ini kurang perbandingan dengan unsur alam.
    tampak agak kaku lah..

    "suram..sepi...dan kian suram."
    pengulangan kata suram tidak sesuai.
    mungkin boleh diletakkan kata yang lebih menunjukkan kesepian itu dengan kata lain seperti "..dan membisu"

    sekadar komentar!

    ReplyDelete

Ai, takkan tengok je.:)

~TinGgalkan JEjak Anda~