February 1, 2016

Pembelajaran Abad ke-21: Aktiviti Gallery walk subjek Sains

Pembelajaran Abad ke-21: Aktiviti Gallery walk subjek Sains

Assalammualaikum dan salam sejahtera buat pengunjung blog, topik harini agak berilmiah iaitu menyahut seruan Kementerian Pendidikan untuk mempraktikkan pembelajaran abad ke-21. Sebenarnya banyak aktiviti yang boleh dilakukan, tapi perlu juga lihat keupayaan kelas tersebut (kelas hadapan atau belakang) dan cari aktiviti yang sesuai dengan tahap mereka supaya tidak membuang masa dan dapat mencapai objektif PdP

Melihat keadaan kelas sains tingkatan tiga yang diajar, mereka ni sangat aktif dan suka bercakap serta mempunyai sifat inkuiri yang tinggi. Kalau kelas satu masa memang tak cukup nak jawab soalan masing-masing..Jadi untuk cubaan pertama ni, aktiviti "gallery walk" di jalankan bagi menerapkan kebolehan mereka mencari maklumat, menulis maklumat dan menyampaikan maklumat dalam bentuk yang mudah difahami kepada rakan sekelas mereka.

Tugas sebagai guru untuk aktiviti ni hanyalah membimbing dan tidak memberikan sebarang idea awal (supaya idea pelajar tidak terhad). Semua dipecahkan ikut kumpulan kecil (1 kumpulan 3 orang) dan setiap kumpulan diberikan tajuk. Topik yang dipilih untuk cubaan pertama ni ialah Bab 2 Sains Tingkatan 3- Subtopik Sistem Pengangkutan Dalam Tumbuhan. Kemudian beri pelajar masa untuk mencari bahan dan setiap kumpulan perlu membentangkan tajuk masing-masing pada kelas seterusnya (esok/minggu hadapan)

Pada hari yang ditetapkan, semua pelajar dibawa ke dewan (boleh bawa kemana-mana tempat terbuka asalkan bukan kelas) dan perlu menampal hasil kerja masing-masing di sepanjang pintu dewan (ala-ala pembentangan poster tesis), kemudian setiap kumpulan perlu membentangkan topik tersebut sehingga kawan mereka faham apa yang disampaikan. 

Jadi tugas guru waktu ni perbetulkan sebarang kesalahan fakta dan cuba menerangkan kembali part yang masih belum dikuasai. Untuk memberikan semangat bersaing, pelajar daripada kumpulan lain dipilih secara rawak untuk memberikan penilaian kepada kumpulan yang membentang. Skala 1-10 ditetapkan ( 1-4 Lemah), (5-7-Baik) (8-10 Terbaik) dan diulis pada sticky note kemudian akan ditampal pada kertas mahjong kumpulan yang membentang. Kumpulan terbaik akan diumumkan dan dijadikan contoh



Pelajar diberikan masa menyediakan bahan pembentangan di luar dewan


Pelajar memulakan pembentangan sambil dipantau guru

Sebarang kesalahan fakta dan info yang kurang jelas akan terus diperbetulkan guru supaya pelajar lain tidak salah maklumat

Setiap kali beralih ke checkpoint berikutnya, semua pelajar diminta membaca sepintas lalu topik yang bakal dibentangkan rakan mereka dan sudah bersedia dengan soalan


tekun mendengar 


Dalam masa 30 minit berjaya menyiapkan semua pembentangan 

Akhir sekali, rumusan untuk PdP akan dilakukan, soalan KBAT juga akan disoal dan pelajar berebut-rebut menjawab memandangkan mereka sudah selesai mendengar semua topik yang dibentangkan.





Kebetulan sekolah aku ada taman Orkid , maka pelajar dibawa melawat taman dan beberapa soalan diajukan. Sebagai contoh: Mengapa taman orkid ni perlukan perlindungan jaring? Kenapa tidak boleh tanam terus dalam pasu yang berpasir?Bagaimana bunga orkid mendapatkan nutrient daripada baja yang diletak dalam pasu? dan beberapa soalan menguji minda disoal.

Tamatlah aktiviti PdP yang diperuntukkan dua waktu mengajar. Pelajar meminta supaya aktiviti ni dilaksanakan lagi.
 Ok no prob!

December 25, 2015

TAHUN 2015 HAMPIR MELABUHKAN TIRAI

Assalamualaikum dan salam sejahtera,
Apa khabar rakan-rakan pembaca blog sekalian, pejam celik tahun 2015 berbaki lebih kurang seminggu lagi sebelum melabuhkan tirai. Lama betul aku tak buka blog sendiri sebab jadual semakin padat sejak bergelar pendidik ni. Kalau dulu banyak perkara nak diceritakan dekat blog sampai boleh terbit 3-4 entri baru dalam masa 1 hari. Tapi sekarang cukupla hari-hari update instagram sahaja..haha..

Untuk tahun 2015 ni banyak benda berlaku berkaitan kerjaya .. Kalau tahun-tahun sebelum ni semua bekaitan dengan pengalaman bergelar pelajar UPSI dan pelajar Sarjana di Australia. Namun boleh disimpulkan tahun 2015 sebagai tahun pertama kerjaya sebagai pendidik-

DARI SYDNEY KE PUTRAJAYA
Lepas tamat kelas terakhir Sarjana sekitar bulan Nov 2014, aku ambil keputusan untuk merasai pengalaman kerja sebagai pemetik buah di Australia. Jadi sempatla 2 bulan bergelar buruh kasar pekerja ladang kat Bundaberg Australia..Macam-macam peristiwa berlaku sepanjang tempoh 2 bulan tu (Nanti cam kena wat entry lain ja)   
Akan merindui tempat ni..

Sekitar hujung Februari 2015 aku pulang semula ke Sydney lepas kerja ladang dan tumpang rumah kawan hampir 2 minggu menyusahkan dia..haha..Kemudian awal March 2015 tengah berguling guling sambil tengok movie kat youtube tiba-tiba kecoh kat fb yang graduan ISMP dipanggil temuduga. Masa tu aku terus buka link SPP dan nama naik untuk temuduga sebagai Pegawai Perkhidmatan Pendidikan DG41. Temuduga 10 March 2015 dekat Putrajaya. Tarikh semakan temuduga tu 5 March 2015. Aku terus rasa seram sejuk sebab langsung tak bersedia dan masa tu kat Sydney lagi sebab ingatkan lambat lagi temuduga. Malam tu juga tempah tiket balik Malaysia 7 March 2015 (Nasib baik boleh claim dengan MARA duit tiket)..Kat sini pun ada kisah dia, patutnya dah plan dengan kawan aku tu nak balik sama-sama 12 March sebab VISA Pelajar aku kat Australia tamat tempoh 15 March..Nasib baik masa tu tak beli tiket lagi..Kalau tak memang melayang beberapa AUD ntuk pertukaran tarikh.. Sepanjang 8 jam atas flight sempat  hafal dasar-dasar KPM untuk persediaan temuduga.

Allhamdulillah sesi temuduga berjalan lancar. Masa dalam bilik tu kami masuk secara berkumpulan seramai 6 orang. Dalam kumpulan temuduga, aku sorang dari UPSI manakala 5 lagi dari UPM. Kami semua ISMP Sains Pertanian cuma minor aku sorang lain iaitu Biologi manakala yang 5 lagi semua KH. Yang pasti aku tua setahun sebab pernah tangguh temuduga tahun 2014..Banyak soalan berkaitan PPPM ditanya termasuk beberapa soalan berkaitan subjek dan pengetahuan am. Nama menteri pendidikan dan beberapa menteri lain pun ada ditanya. Tips- Jangan sesekali jatuhkan orang lain dan jangan nak jawab melalut. Jawap apa yang ditanya dan kalau tak bersetuju dengan orang lain, bagi jawapan sendiri terus tanpa rendah-rendahkan jawapan dia. 



Selesai temuduga.

DILEMA KERJAYA
Tempoh menunggu keputusan temuduga adalah tempoh yang paling menyiksakan. Aku sampai terfikir nak balik Australia dan kerja ladang balik sambil tunggu keputusan temuduga. Tapi takut pula, nanti baru kerja tup-tup kena panggil balik. Pernah juga terfikir nak mohon jawatan pensyarah IPTA sebab ada perancangan nak sambung PhD. Tapi aku tak boleh nak buat keputusan sebab terikat dengan kontrak KPM (Pernah terima biasiswa KPM selama 2 tahun masa belajar kat UPSI). Syarat kena berkhidmat sekurang-kurangnya 4 tahun dengan KPM. Nanti kalau terima tawaran kerja lain mesti kena bayar ganti rugi. Tambahan pula masa tu teringin sangat nak jadi pensyarah kat UPSI, UPM, UMT ataupun UKM yang ada program berkaitan sains pertanian. Semangat dah nak buat kajian kat Uni..hahah..Tapi belum sampai masa lagi. Aku habiskan masa menunggu keputusan temuduga dengan mengajar tuisyen darjah 1-5 (paling comel ajar darjah 1) dan tingkatan 3 (tak berapa nak comel).

KEPUTUSAN TEMUDUGA
Lepas 3 bulan menunggu, keputusan temuduga pun keluar. Sebulan selepas tu keputusan penempatan pula menyusul. Macam biasa sebelum cek , untuk hilangkan debaran aku tanya orang lain punya dulu..haha.. Kawan baik aku  masa tu dapat KV Lahad Datu, Sabah..Jauhnya!Tapi junior aku 9 orang lelaki pun dapat tempat sama dengan kawan aku tu. Satu sekolah semuanya. Ada juga dapat negeri sendiri dan sebagainya. Lepas sibuk tanya orang dan nak cek, tiba-tiba laman tak boleh diakses. 24 jam tu adalah tempoh menyiksa jiwa raga..haha..Masa tu aku terfikir kalau dapat Sekolah Menengah Teknik yang offer sains pertanian ataupun KV yang ada subjek bioteknologi pertanian kan seronok...Bolehla kongsi dengan murid aku pengalaman masa buat kajian kat Sydney..Sebab kalau dapat SMK harian biasa belum tentu ada subjek opsyen aku. Masa tu berdoa harap-harap KPM hantar aku sekolah yang ada subjek SP. Keesokkan harinya bila semak keputusan penempatan "Tahniah, negeri penempatan Negeri Sembilan bahagian sekolah harian"...Allhamdulillah dapat semenanjung. Bila tengok penempatan bahagian sekolah harian terus..krik..krik...Rupanya KPM tak tengok pun latarbelakang secara terperinci ataupun mungkin tiada kekosongan kottt..Jadi aku fikir positif sahaja memandangkan masa tu sangat ramai yang tidak lulus temuduga kerana tiada kekosongan. Bersyukur kerana terpilih juga untuk menjadi pendidik walaupun tidak dapat mengajar opsyen sendiri.

JABATAN PENDIDIKAN NEGERI SEMBILAN DAERAH SEREMBAN
Sampai ke JPNS aku dah kosongkan segala kehendak dalam hati sebab tak nak kecewa. Aku serahkan semuanya pada takdir yang sudah tersurat (ayat tak nak pasrah lagi)..haha.. Sebenarnya aku dah boleh rasa yang sekolah aku dapat tiada opsyen SP sebab dapat sekolah kawasan bandar Seremban. Harap-harap dapat ajar subjek minor ataupun sains pon takpela.Tak nakla ajar sivik ataupun moral 25 waktu! Bila jumpa GPK 1 terus dia cakap kebetulan cikgu sains sekolah ni baru pindah bulan 6 haritu, awak terus ambil alih semua kelas dia ya.  Allhamdulillah dapat ajar sains. Disebabkan aku jenis suka buat kajian dalam makmal dan suka bawa murid belajar luar bilik darjah, maka sains adalah subjek paling sesuai walaupun tak dapat ajar biologi sebab kelas ada 2 sahaja. Dapatlah juga mengubat hati tak dapat ajar SP. Masa kat sekolah pula, bersyukur dapat kerani yang rajin dan cekap..Dalam tempoh 3 bulan sahaja aku dapat surat tawaran baru untuk gaji permulaan sarjana..Panjang prosesnya nak mohon permulaan gaji sarjana ni (sesiapa yang berminat boleh tinggalkan email kat komen, sebab panjang nak cerita)..
Kelas sains tingkatan 2RK2 yang ceria dan bersemangat


CIKGU LOQMAN
Fuhh..Panjang pula kronologi peristiwa tahun 2015 ni... Lepas dah jadi pendidik ni baru aku sedar susahnya nak mendidik anak orang..Setiap hari tugas aku bukan sekadar masuk kelas dan mengajar isi buku teks, tapi lebih daripada itu. Tambahan abad ke-21 ni murid sekarang tak macam zaman aku sekolah dulu. Masing-masing sekarang wajib ada gadget (telefon bimbit etc) kalau maklumat yang baik boleh dikongsi melalui aplikasi media sosial, takkanlah maklumat yang tidak patut diakses oleh mereka tak boleh tersebar. Pendek kata cikgu sekarang kena berhati-hati, salah sikit sahaja habis diviralkan, tapi kalau salah anak murid ataupun ibu bapa, cikgu tak sampai hati nak viralkan. Namun selagi bergelar pendidik, tugas mendidik tu perlu dilunaskan walaupun terkadang perkataan "putus asa" selalu datang menjatuhkan kita. Sebab kita tak tahu apa nasib anak murid kita 15 tahun akan datang . Manusia kan boleh berubah. Tak semestinya dia pelajar paling nakal sekarang, 15 tahun lagi dia masih begitu..Mana tahu satu hari nanti dia tersedar dan hasil didikan kita dia berubah menjadi seorang yang berguna pada keluarganya.

Tahun ni saja, 3 kelas hujung aku mengajar. Seronok sebenarnya ajar kelas hujung ni. Walaupun hari-hari kena marah, nasihat dan tegur mereka. Tapi satu hari tu rasa janggal kalau tak marah. Murid kelas hujung ni memang lemah dalam pelajaran, tapi tolong cikgu rajin walaupun kadang-kadang kena sogok dengan upah skit...hahah..Tengoklah berapa lama aku akan bertahan mengajar kat sekolah.. Aku pun ada target yang aku nak capai untuk kepuasan dalam kerjaya.. In sha ALLAH akan sentiasa belajar dan terus belajar untuk mendidik.

SELAMAT TINGGAL 2015.............................SELAMAT DATANG 2016


Aktiviti setiap pagi, teman pengawas tangkap pelajar lewat



Tahun depan diberi amanah sebagai Guru Perpustakaan dan Media (GPM) pula. Moga segalanya dipermudahkan. Banyak benda baru perlu dipelajari ..Lepasni sibuk update blog rasmi sekolah pula..Jemputla melawat blog sekolah JUGA!


Hidup adalah sebuah perjalanan merentas pelbagai rintangan, teruskan berjalan menempuh segala kepahitan, kerana pasti ada kemanisan di penghujungnya nanti- L.H


Ai, takkan tengok je.:)

~TinGgalkan JEjak Anda~

Lawat Blog mereka juga~