January 13, 2015

Perjalanan satu pengalaman

Coretan pertama di tahun 2015.

Tahun 2014 merupakan tahun perjalanan yang terkandung pelbagai rencah dan rasa sepanjang pengajian Sarjanaku di bumi Sydney. Syukur segalanya dipermudahkan walau ada terselit pahit namun pengakhir yang manis.

Kronologi perjalanan yang ada turun naiknya. Bermula semester satu dengan penulisan proposal dan progres lab work yang berjaya disiapkan seperti yang telah dirancang. Mengikuti sesi kuliah untuk subjek yang kupilih juga menambah seribu satu ilmu baru. Bertemu dengan rakan sekuliah berlainan negara membuatkan lebih bersifat terbuka kerana perlu melayani karenah yang pelbagai. Masalah penerimaan ilmu pada awalnya agak sukar kerana aku masih belum biasa dengan gaya percakapan pensyarah yang kebanyakkan bercakap laju dan meggunakan Aussie slang. Namun selepas beberapa bulan berjaya juga sesuaikan diri. Sedar tak sedar semester satu berakhir dengan jayanya.

Selepas cuti musim sejuk dan bulan puasa keadaan berubah 180 darjah di semester 2. Baru terasa pahitnya apabila penyelia tesis mula sibuk dan kurang masa memantau progress lab work..Aku seperti kehilangan sayap seketika..Mujurlah ada pelajar PhD yang boleh dijadikan rujukan..Setelah sebulan dalam keadaan terumbang ambing, akhirnya fokus kembali terarah pada penulisan thesis..Dan 3 bulan terakhir pengajian sarjana adalah saat yang sukar bagiku, aura2 stress mula terasa. Masa untuk diri sendiri diperlukan bagi menyiapkan segala tugasan yang perlu diselesaikan. Saat ini pelbagai masalah melanda...Akhirnya kuputuskan untuk lupakan seketika dunia luar..Dan fokus pada semua tugasan..

Akhirnya musim bunga menyapa, pohon jacaranda di campus uni sydney mengeluarkan kuntuman ungu..Allhamdulillah segala tugasan selesai dan tinggal pembentangan akhir untuk melengkapkan pengajian sarjanaku.

Musim bunga terus rancak, usai pembentangan akhir thesis, aku menarik nafas lega..sungguh perjalanan ini satu pengalaman. Allhamdulillah walau penuh cabaran akhirnya mendapat email perkhabaran gembira aku telah menamatkan pengajian Sarjanaku di sini..Musim bunga telah tamat, kembali musim panas menyapa bahangnya sama seperti pertama Kali ku menjejakkan kaki di sini..

 Plant science lab tempat ku menghabiskan waktu menyiapkan kajian

Berlatarbelakang three sister ketika trip musim panas.Bersama mereka yang ku kenal di Malaysia Hall Sydney dan menjadi rakan seperjuagan di sini


Permandangan di pinggir bandar. Masa ni sesat ketika musim luruh!

Sempat snap gamba encik koala 

Permandangan di Bondi beach waktu menghirup udara petang

memori musim sejuk dengan pengalaman tidur dalam campervan

 Sempat melihat tulip sempena musim bunga di Sydney

Menarik nafas lega setelah pembentangan thesis selesai


Peringatan untuk yang berniat sambung master mixed mode (thesis + coursework)

1) Pilih tajuk tesis yang dirasakan boleh disiapkan mengikut unjuran masa yang diberikan.contoh, lab work anda boleh disiapkan dalam masa 6 bulan supaya ada masa yang cukup untuk penulisan dan analisis data. Ingat anda bukan fully research, banyak lagi subject lain kena fokus.

2) Cari supervisor yang memang expertise bidang tu, yang senang jumpa dan bertanggungjawab.. Ingat semua markah dan halatuju kita sepanjang tahun bergantung pada supervisor.Jangan ambil mudah supaya tidak merana nanti!

3) Bahagikan masa sebaik mungkin antara tugasan subjek lain yang padat dengan field trip sana sini, report, essay,exam dan juga research yang padat dengan lab work, presentation, writing dan sebagainya.fuh, kesat peluh Kat dahi. Semua ni kena siapakan dalam masa tak sampai setahun. Kuatkan semangat!


PSS: sedar tak sedar bulan 2 nanti cukup perjalananku di sini setahun...Sebelum pulang, masih merantau ke beberapa tempat demi sebuah pengalaman

Pasti merindui tempat yang pernah kujejak ini.Terima kasih keluarga atas sokongan dan pihak MARA atas peluang yang diberikan. Buat sahabat dan kenalan yang sentiasa mendoakan terima kasih. Tamat perjalanan di university of sydney. Laluan mendatang pasti lebih berliku. (^_

13 Jan 2015
Daerah kecil Bundaberg

16 comments:

  1. congrats Man! selamat menjadi petani berjaya di Bundaberg! :)

    ReplyDelete
  2. Abang amek course apa? Interested sangat.
    Nak add fb boleh?
    Mana tahu boleh kongsikan lebih mendalam...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Allhamdulillah, Master of Agriculture and environmental technology..
      Boleh email kalau nk tnya soalan sal further study loqman_taurus90@yahoo.com

      Delete
  3. yup setuju dengan pndapat saudara senaraikan untuk sambung mixmode master.... selain usaha, tajuk tesis dan bakal supervisor mainkan peranan yang sangat penting... semoge dapat peluang spt saudara satu hari nanti...

    ReplyDelete
  4. first time jejakkan kaki di blog cikgu akim . apabila baca entry ni , membuatkan saya lebih bersemangat untuk teruskan ijazah saya walaupun hanya di dalam malaysia sebab pernah seketika saya berasa down sangat2 . rasa salah pilih uni , salah pilih course dan macam2 lagii . tapi saya cuba bangun semula demi mengejar cita2 untuk dapatkan degree .
    diploma lain , degree lain . =)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul..mmg tak dinafikan kadang2 rasa down, malas dan sebagainya..Tapi kena sentiasa naikkan balik semngt tu.. In sha ALAH pasti boleh!! Selamat mengejar cita2!

      Delete
  5. Assalamualaikum. Congrats!!! Cepatnya masa berlalu. Semoga selamat sampai Malaysia tak lama lagi. Alive. Doakan anis jugak, I'm still struggling here heheh. I'm proud to have a senior like you ;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Thanks ..In sha Allah next ur turn..teruskan berjuang! moga berjaya

      Delete
  6. Salam kenal...

    pengalaman dapat belajar di tempat orang adalah satu rahmat sebenarnya... yg mampu menukar cara kita berfikir lain dari kebiasaan kita ketika membesar... ibarat kata orang2 terdahulu 'pelayaran membuka pintu akal' dan bila kita pulang kita akan terasa bezanya cara setiap orang berfikir sekiranya belajar di tempat berbeza2... tahniah atas kejayaan anda...

    Salam Singgah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam kenal..

      Setuju dengan saudara..Allhmdulillah dberi peluang

      terima ksih sudi singgah

      Delete
  7. Assalamualaikum cikgu, ada sedikit pertanyaan yang ingin saya tujukan, adakah dengan ijazah sarjana muda teknologi serta pendidikan (elektrik & elektronik) saya layak untuk menjadi pensyarah di politeknik/kolej komuniti..? Walaupun program degree tersebut tiada kelulusan kejuruteraan..? Saya merupakan lulusan diploma kejuruteraan elektrikal di politeknik Saya mendapat tawaran program ijazah sarjana muda di UTM.. maklum balas cikgu amat saya harapkan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. wasalam sy xberapa pasti pasal pensyarah poly or kolej komuniti..Tapi sentiasa rujuk laman web Spp tengok bahagian jawatan pegawai gred dh41... Nanti dah hbis degree boleh apply..sebab ada member sy degree yg apply dh41 ada yang dapat ajar kolej komuniti..kos yg dipggil iv nnti ikut keperluann semasa..semoga berjaya!

      Delete
  8. Salam, En Loqman. Saya nak bertanya sedikit. Adakah sempat, sekiranya saya habis degree pada bulan July 2015 dan ingin menyambung master pada intake september 2015? Pencerahan dari en loqman yang mempunyai lebih pengalaman adalah amat saya hargai. Terima Kasih.

    ReplyDelete
    Replies
    1. wasalam
      sempat tapi kalau under MARA kena dahulukn duit sndiri dlu..Dinasihatkn backup ntuk intake awal 2016 ya

      Delete

Ai, takkan tengok je.:)

~TinGgalkan JEjak Anda~