April 12, 2015

Melbourne trip part 1

Assalamualaikum semua,
kali ni memang lama sunguh aku tinggalkan blog ni tanpa tulis apa-apa entry..semangat nak buat entry makin berkurang sejak aktif berkongsi segala kisah kat instagram ja sekarang..haha...Jadi sementara ada idea nak menulis so harini nak cerita kisah trip aku ke Melbourne sebelum balik Malaysia haritu..

Bagi aku Melbourne adalah sebuah bandar yang moden tapi masih mengekalkan ciri-ciri klasik..kita boleh tengok ada beberapa bangunan yang dikekalkan identiti sekaligus menjadikan kawasan-kawasan sekitar mempunyai aura klasik walaupun begitu banyak bangunan yang moden dibina sekitar kawasan-kawasan tumpuan pelancong.. Selama lima hari aku kat Melbourne, nak cari makanan halal sangat senang sebab banyak kedai-kedai Kebab dan Thai yang menawarkan makanan halal di sekitar kawasan tumpuan..Tapi kali ni aku beruntung sebab dapat tumpang  kat rumah member yang tengah buat Master di RMIT, Melbourne. So, boleh dikatakan setiap hari masak je kat rumah dia..


Kita mulakan dengan berjalan-jalan sekitar southbank Melbourne..sempat jalan atas jambatan di Yarra river...Satu lagi aku perasan, cuaca kat Melbourne ni best sebab walaupun tengah musim panas,tak sempat berpeluh sebab tiba-tiba sejuk balik...then jalan lagi panas balik, then sejuk balik..macamtulah cuaca sampai malam..haha



 





Teruja tengok kereta kuda yang berkongsi jalanraya dengan kereta dan basikal..Kalau malas nak jalan, boleh naik kereta kuda ni..lupa nak surveykan harga... 

-
-
 kebetulan masa aku lalu kawasan pejalan kaki,ada sambutan chinese new year...meriah juga gamba kat bawah ni kan..Yang paling kreatif ialah gerai pak cik jual air kelapa!






Harbour Town
 Nak beli barang berjenama macam kasut Nike,Adidas, seluar Jeans dan baju etc boleh survey kat sni..Naik tram klasik kat bawah ni terus boleh sampai..
 
Dalam city circle Tram..Oh ya..kalau datang Melbourne nampak tram ni terus naik k..sebab free of charge!


Queen Victoria Market


 Sempat beli seafood...kawan aku beli dapat murah giler sbb masa ni dah petang dan dapat harga promo..so nnti petang-petang skit boleh masuk sini

Kalau datang Melbourne dan berniat nak beli buah tangan kepada kawan-kawan memang lokasi wajib singgah adalah Queen Victoria Market, maafla sebab tak snap gamba-gamba keychain dan segala barang kat dalam market ni..sebab masa masuk dah rambang mata nak pilih dan terus simpan kamera... 


Flinders st
Aktiviti wajib aku kat Melbourne ialah tunggu tram dan biasanya akan tunggu kat Flinders st..Pengangkutan awam kat Melbourne sangat bagus dan senang nak kemana-mana..Nanti beli ja MYki card dan boleh guna untuk tram,train dan ferry..kalau habis nnti boleh top up ja..senang kan!
yang atas tu tram sbb laluan dia ats jalan..yang ni pula train yang biasa tu...

 Melbourne city Marina

Suasana sini memang meriah.tapi sbb da nak gelap so nampak macam takde orang kan

University of Melbourne





uni of Melbourne punya building lebih kurang macam uni of sydney.. memang cun! Nanti bolehla sapa-sapa nak sambung belajar sini.


Hari pun da gelap...singgah di RMIT, Melbourne tempat kawan aku belajar..Bangunan RMIT ada banyak sekitar city ni..tengok gambar tram kat atas tu pun lalu depan RMIT..

pss: next entry part 2..Kita pergi kawasan pantai dan tempat tinggi pula ^_

3 comments:

  1. Salam . Hai . Sy fatin . Boleh tak sy nak mintak tlg . Sy nak apply master ke luar negara . tapi sy ada keraguan untuk apply . Kalau boleh . sy nak mintak pendapat .

    Terima kasih

    ReplyDelete
    Replies
    1. wasalam..boleh rujuk entry sy berkaitan cara sambung belajar.. kalau ada yg nak tnya sy cuba jawab ya

      Delete
  2. Assalamualaikum en.loqman
    En, sy azy, sedang menuntut dlm jurusan ijazah perakaunan , sy nak minta nsht dari en mengenai beberapa pkra, is it okay with you, jika kita berhubung melalui email ?

    Sy juga dh bce entry en mengenai cra smbg mster/phd ke luar negara ia memg brmanfaat, tp jika x keberatan , sy nk ty beberapa pkra scra p&c, sy cuba cri email dan fb en tp tak dpt , jika en tak kbrtn ni email sy

    azie_anuar93@yahoo.com

    Terima ksh en.

    ReplyDelete

Ai, takkan tengok je.:)

~TinGgalkan JEjak Anda~

Lawat Blog mereka juga~