March 13, 2014

PENGALAMAN MENGAMBIL UJIAN PSYCOMETRIK SKIM PINJAMAN PASCASISWAZAH MARA LUAR NEGARA 2013

Assalammualaikum semua..
Nampaknya masing-masing sudah mengetahui status permohonan MARA masa apply bulan 2 haritu kan...Memandangkan ada pembaca blog ni request untuk berkongsi pengalaman mengambil ujian psycometrik tahun lepas..Jadi saya sekadar ingin memberikan gambaran berkaitan ujian tersebut berdasarkan pengalaman semasa menduduki ujian ini pada tahun 2013..


Tapi tahun 2014 ni MARA menjalankan ujian secara atas talian..Mungkin berbeza sedikit daripada tahun 2013...Tapi tidak mengapa...mungkin melalui entry ni sedikit sebanyak boleh memberikan idea atau gambaran kepada anda yang sedang menghitung hari menduduki ujian ini...*ayat takleh bla kan..haha



Masa tahun 2013 format seperti berikut:

A- Soalan objektif (100 soalan)
Soalan objektif ni pecah kepada 2 bahagian iaitu:

I) 50 soalan dalam bahasa melayu

II) 50 soalan dalam bahasa inggeris

>Soalan objektif ni semua nak psyco kita..haha..sebab masa ambil dulu pening kepala jugak masa nak pilih jawapan..Tapi yang pasti soalan objektif berkaitan dengan

Basic computer
-cth: macamana nak closed Microsoft word

Basic math
yang ni banyak guna logic sebab soalan dia pelik jugak dan jawapan pun pelik..Jadi fikirlah secara logic masing-masing..

Pemahaman soalan:
cth: Ayah abu ada lima orang anak, anak pertama: nana, kedua: nini, ketiga: nono, keempat: nene. Apa nama anak kelima?


Psycology
cth: ada satu situasi..Jikalau berlaku kebakaran apakah tindakan anda...??



keusahawanan
Okeh soalan berkaitan keusahawanan ni banyak kat part bahasa inggeris.
cth: what is the function of entrepreneur?


Lain-lain macam pengetahuan am sikit..dan berkaitan MARA sikit..


B- Satu soalan essay
Tahun ni tak tau tajuk apa..Tapi kalau tahun lepas tajuk:

"What you see yourself in the next 5 years?"
(Not more than 50 words)


Rasanya sampai sini jer perkongsian..sebab ingat-ingat lupa juga..Takper asalkan dapat gambaran pun da ckupla..


TIPS:
Memandangkan hanya 1 jam sahaja masa menjawab..Jadi sila rangka strategi awal-awal..Soalan ada yang pelik..susah..senang dan konfiuskan kepala otak..haha...Jadi just nak bagi tips macamana cara nk jawab:

1) Jawab soalan essay dulu
-jangan la wat sampai 2-3 page....Terus masukkan isi penting dah ..

2)Pastu jawab soalan objekif
-Jawab soalan senang-senang dulu...Yang susah tu skip dulu ataupun tick ja jawapan yang difikirkan logic ..Then bila da habis jawab, pergi balik kat soalan yg susah tadi...Bukan apa..takut tak sempat...


Tips ni boleh diguna pakai kalau masa jawab online nanti boleh pilih nak jawab part mana dulu..Takut nanti masa jawab online kena ikut nombor soalan...Tapi takper kalau boleh pilih, buat essay dulu sebab ada masa ntuk focus objektif pulak nanti..

Rasanya tahun ni siapa yang  lepas ujian ni akan ada temuduga...Pasal temuduga tu tak pernah lalui.sebab tahun lepas tiada temuduga..Yang pasti, masa temuduga tu kena YAKIN ja..selebihnya serah pada rezeki masing-masing...Yang penting dah USAHA kan..


Semoga Berjaya!!

pss: jangan marah kalau tahun ni soalan and format semua lain..hahah..ni contoh tahun lepas...

(^_^)

21 comments:

  1. Semangat nkg periksa...good luck


    http://www.rahsiaummi.com/atasi-cramp-semasa-mengandung/

    ReplyDelete
  2. cikgu, saya ada emel cikgu tnya something... harap dapat reply ye :)

    ReplyDelete
  3. 50 words tu is too short kan. Tak boleh lebih ye. Untungnya tak ada interview thn lepas.

    ReplyDelete
  4. salam, saya mohon mara ni tanpa memohon kepada universiti luar negara terlebih dahulu..boleh ke?saya xberapa nak faham..

    ReplyDelete
  5. wasalam ikha, boleh ja...tapi da boleh mohon uni cepat2..sbb proses dia agak makan masa...nanti kalau dapat tawaran MARA sennag da kerja...terus tunjuk surat tawaran uni

    ReplyDelete
  6. Thank you cikgu for this info 😃

    ReplyDelete
  7. Hmmm sya bru buat ujian mara ni tdi, bila buat kat komputer, ada msalah plak komputer tersekat xnak prgi ke page sterusnya, sya rsau la sya xdan jwb hbis tdi...

    ReplyDelete
  8. saya nak tanya, selalunya tawaran pascasiswazah mara ni buka bila?setiap tahun berbeza ke?masa saya pergi MARA pada 2013, katanya awal mac 2014, bila saya pergi pada awal mac 2014 untuk apply, katanya dah lepas tarikh pulak sebab opening masa first week januari..tarikh dia selalu berubah ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. yup..betul..tarikh tk tentu setiap tahun..tapi biasanya antara awal February hingga march...sebagai langkah awal...sentiasa bukak laman web MARA bermula January tahun depan..semoga Berjaya!

      Delete
  9. salam...nk tanya..kalau nk lepas ujian ni kan, berapa marks yg dia nak ye?
    mcm ngeri jgk laaa soalan2 dia kan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. wasalam.
      seriously xpenah thu..
      smua spend PDA Mara...in sha Allah boleh

      Delete
  10. Terima kasih kongsi kat sini. Saya nak tny, seeloknya bila kita patut apply sambung oversea ni ye?
    dan saya dah hbes bljr, saya rasa rugi tak apply awal2 -,-

    ReplyDelete
    Replies
    1. Boleh apply uni dari skrg..Nnti da ada offer letter snng nak apply mana2 scholarship..
      Semoga berjaya!

      Delete
  11. Salam hi Luqman,

    May i have ur email address because i jave a few things to ask regarding the scholarship and top 100uni. Or maybe u can email me at farahezwa@gmail.com.

    Tq and hope to hear from u soon!

    ReplyDelete
  12. Saya ada soalan.bila kita bole stat mohon utk master ni.. sem terakhir degree ke mcm mane..

    ReplyDelete
    Replies
    1. yes..sy dlu apply msa sem akhir degree..sbb bnyk prosesnya...

      Delete
  13. salam, saya nak tanya, tahun 2015 MARA akan bukak permohonan bila ?

    ReplyDelete

Ai, takkan tengok je.:)

~TinGgalkan JEjak Anda~