December 24, 2012

Awal Remaja: CINTA atau CITA-CITA???

Assalamualaikum dan salam mesra...
Selama 4 bulan bergelar guru praktikal macam-macam pengalaman yang  dapat..betul! nak jadi cikgu bukan semudah yang difikir...Jadi cikgu praktikal pun macam-macam ragam..inikan pula cikgu yang dah lama mengajar... Kadang-kadang lawak juga bila terkenang ragam murid-murid sekolah yang baru meningkat remaja..Baru mengenal dunia..baru melihat kehidupan.. Jadi guru ada tanggungjawab yang besar untuk memastikan mereka melihat dunia dengan kawalan yang betul dan nasihat yang berguna..

Haa..yang tu baru intro owkeh...Bercakap soal Cinta dan Cita-cita sebenarnya nak tujukan kepada adik-adik yang berada di SEKOLAH MENENGAH...Why?? Sebab masa ni hormon tengah meningkat naik...Jadi secara automatiknya mereka akan tertarik antara pasangan berlawan jantina...Jadi bermulalah perasaan sayang..rindu..dan Cinta...WAH DRAMATIS BETUL AYAT KAN!

   "I loveeeee youu"
perghhh adik-adik bukan men lagi ek!

Awal remaja merupakan peringkat yang genting..Masa ni lah ramai yang hanyut dek kerana berenang bersama-sama kawan yang salah..ada juga yang berjaya di selamatkan , namun tak semua kawan boleh dipercayai..kata orang keluar mulut harimau masuk mulut buaya...Kawan yang betul-betul membimbing  adalah kawan yang sentiasa menasihati dan mencegah disamping dia juga bersih daripada perbuatan yang ditegurnya...

"Alah kau pun bercintaa..ada hati nak tegur orang..piraahhhh"
 Okewh..Chill....Tak salah menegur kan!

Adik-adik yang masih berada di sekolah menengah perlu ingat...Kalau dah mula bercinta masa tingkatan 1, nak kahwin masa tingkatan 2 ke???Contohnya adik-adik wanita yang comel-comel masa tingkatan satu..haaa ada sorang dak lelaki  ni minat..Boleh tahan  gak la mamat tu..so hubungan cinta yang berbunga-bunga pun berlangsung..sangat indah..well ada orang selalu take care...selalu ada di kala kesepian...time bufday dapat bear besar ...happy!
Masa terus berjalan...hari berganti hari...masuk tingkatan 4..Oh no! Dah rasa boring la..asyik mesej benda sama..eh2 kau takdek hadiah lain ke nak bagi..ahhhhh boringnya!Masuk tingkatan 5 lelaki tu tinggalkan adik wanita yang masa form 1 tadi comel..Atas alasan.."I tak nak la kau you...Dulu kurus..sekarang dah GEMUK!Dulu comel Sekarang dah banyak jerawat gatal" .Si lelaki pun carilah adik-adik form 1 yang baru...Cerita  dah tamat ke??...

Apa jadi kat adik wanita yang comel tadi??Membawa hati yang lara...Dah 5 tahun kena pegang-pegang dengan lelaki tu...5 tahun meliuk lentok kat bahu lelaki tu..Last-last kena tinggal terapai-kapai kelemasan...SPM ntah ke mana!

Sebenarnya tak salah untuk rasa disayangi atau menyayangi..Itu fitrah manusia....Tapi untuk adik-adik di awal remaja..Hati anda masih suci...Perasaan itu tunjukkanlah untuk ibu bapa dan adik beradik...KEJARLAH CITA-CITA  dahulu..Haa nanti dah masuk alam UNIVERSITI..dah boleh la slow-slow cari calon!Baru cari calon keh..haha..Masa tu cinta dah seiring cita-cita kan!
 Banyak subjek nak kena ingat masa sekolah menengah..Berdampinglah dengan ilmu =)

Percayalah!Masa zaman sekolah ramai yang kecewa..perasaan tu bukannya cinta..tapi SUKA..well suka tengok rambut dia..suka tengok muka cute dia..suka tengok cara dia...haa..mulalah masuk line..tapi lama-lama perasaan boring akan timbul..Tak mustahillah bertukar-tukar orang..Siap bergaduh-gaduh rebut pakwe/awek lagi...
Pernah saya tengok anak murid perempuan kelas sebelah tengah bergaduh tarik-tarik baju..tarik rambut berebut seorang lelaki..adehhhh..terkezuttt tengok adengan real masa praktikal..hahhaha..tergamam jap!


Kepada adik-adik wanita comel dan lelaki macho..Jagalah maruah anda...Insya ALLAH akan dipermudahkan jalan menggapai CITA-CITA..Cinta itu tetap hadir..menghiasi jiwa bila sudah tiba masa yang sesuai nanti...(^_


ADIK-ADIK MASIH TERLALU MUDA UNTUK DIKECEWAKAN!!
Hambek..warna pink agy!

pss: Jangan risaulah..yang menulis entry ni pun pernah melalui peringkat awal remaja..pernah juga ada perasaan suka kat someone dan sebagainya...Tapi kena pandai kawal lah..Sekarang duduk di alam universiti tengok kawan-kawan sibuk cari calon..yang penting ramai  dah kawin..Jodoh mereka dah sampailah tu...hahha..Jodoh aku gak yang belum sampai agi..calon pon takdek..panjang lagi perjalanan ni...Insya Allah akan ada bila dah tiba masa sesuai nanti..
"Sambutlah cinta Tuhan yang sentiasa dicurahkan pada hambanya..." (^_

...Terima kasih sudi membaca entry ni...

3 comments:

  1. yela cikgu.
    tapi, yang part tarik tarik rambut tu, scarynyaaaa.....
    kalau jadi masa aku ngajar praktikal nanti camno laaaaa..... T_T

    ReplyDelete
  2. @dee betuw dee..seyes real..bayangkan dari elok2 pakai tudung..tiba2 aku tengok tengah tarik rambut siap nak bukak kasut baling..heheheheh

    scaryyy..kau dah kena ready dah ni!hahahah

    ReplyDelete

Ai, takkan tengok je.:)

~TinGgalkan JEjak Anda~