March 4, 2012

Hargailah sesuatu di depan mata~

Hari ni tanjung malim dibasahi hujan..kesejukkan dibuatnya..alhamdulillah...hujanla yang menyuburkan tanaman , yang memberikan sumber minuman dan sebagainya...seronok tengok alunan air di luar jendela..tenang dan damai...Lantas sesekali mengimbau kenangan masa kecik-kecik dulu..pantang hujan turun mesti aku akan melompat-lompat sambil buat gaya atlet renang...hujan terus turun...tanpa menghiraukan rintihan rumput....kerana daunya rosak..namun itulah lumrah...dalam hidup tak semua manis..pasti ada pahitnya..itulah UJIAN=)

tatkala masa berputar...aku seringkali terpfikir.."apa yang dah aku capai tatkala usia makin menginjak dewasa..ada orang lepas spm sudah bekerja..sudah punya gaji yang kukuh..ada orang lepas spm sambung belajar..ada orang yang tak berjaya habiskan spm pun...last2 boleh berjaya..aku??dah habis spm..masuk matrik...dan masuk universiti ni...adakah sudah berjaya???"

Allhamdulillah..rezeki ALLAH itu luas...Sebagai hambaNYA kita perlu sentiasa bersyukur dengan apa yang kita ada sekarang..Allah itu maha ADIL..sudah masuk universiti itulah rezeki dari ALLAH..gagal mendapat pekerjaan itulah UJIAN dari ALLAH...hidup tanpa ujian mustahil...APA YANG PENTING TERUSKAN BERDOA DAN BERUSAHA...

"Allah taala menguji hambaNya dengan ujian yang hambaNya boleh terima. Maka bersabarlah. Lain orang lain ujiannya.Allah taala takkan menguji hambaNya jika hambaNya itu tidak mampu. Maka jika kita terpilih untuk melalui ujian itu tempuhlah dengan penuh redha dan tawaduk."

Wahai sahabatku diluar sana..ayuh kita sama-sama teruskan perjuangan...dikala ada tiupan untuk kita berputus asa..cepat-cepat ingat bahawa ALLAH ada bersama hamba yang berusaha!

Walau siapa pun anda..walau apa yang anda lakukan..walau dimana anda berada..sentiasalah menghargai sesuatu yang ada didepan mata kita...Apabila kita menghargai sesuatu di depan mata kita..konsep bersyukur secara tidak langsung dapat diterapkan dalam jiwa...Indahnya andai kita sentiasa beryukur...Musibah itu untuk melatih kita menjadi insan yang KUAT=)



masa tengah edit2 gambar tadi..terjumpa gambar ni..betul!rindukan saat program dulu...semoga adik-adik berjaya menjadi insan CEMERLANG dunia akhirat=)Hargai sesuatu di depan mata kita...


mama dan abah..hargailah sesuatu di depan mata kita..sementara mereka masih bersama kita..

kawan2 satu kos..hargailah sementara masih bersama-)


Dan teruslah menghargai sesuatu di depan mata kita...Usah menyesal dikemudian hari..


1 comment:

  1. terasa bermotivasi sket..huhu..
    jemput join giveaway ye cikgu..:)
    http://kimzai92.blogspot.com/2012/03/rakanblogcom-giveaway-untuk-5-pemenang.html

    ReplyDelete

Ai, takkan tengok je.:)

~TinGgalkan JEjak Anda~

Lawat Blog mereka juga~