April 15, 2011

TEKNIK TERKINI| HIDU MARKER PULAK!!

BILA JARI JEMARI BERSUARA~
Pagi-pagi jumaat yang hening ni jom kita baca berita terbaru remaja negara kita...petikan daripada kosmo online membongkar kegunaan lain marker pen:


PUTRAJAYA – Tidak cukup menghidu gam dan minyak petrol, kini ada sebilangan remaja di negara ini melepaskan gian menghidu bahan alkohol dan bahan kimia yang terdapat di dalam dakwat pen penanda atau marker.
Teknik terbaharu itu didedahkan oleh Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) ekoran beberapa operasi pihaknya sejak kebelakangan ini.
Ketua Pengarah AADK, Datuk Zuraidah Mohamed berkata, harga pen berkenaan yang jauh lebih murah selain mudah diperoleh di pasaran juga dipercayai menjadi punca ia pilihan utama remaja sebelum berjinak-jinak dengan dadah sebenar.
“Caranya, mereka menghidu kepala pen ini sekuat mungkin bagi mendapatkan kesan khayal yang maksimum dan tidak kisah jika hidung diwarnai dakwat sekalipun kerana yang penting mereka khayal,” ujarnya selepas Majlis Anugerah Cemerlang AADK 2010 yang disempurnakan oleh Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Wira Abu Seman Yusop di sini semalam.
Menurut Zuraidah, pihaknya juga tidak menolak kemungkinan terdapat peningkatan pengguna dadah di kalangan remaja terutamanya kes melibatkan bahan mengkhayalkan.

pss:cikgu-cikgu lepas ni kenalah sorokkan marker pen lepas guna ye..nanti hilang plak ~

3 comments:

Ai, takkan tengok je.:)

~TinGgalkan JEjak Anda~

Lawat Blog mereka juga~