March 31, 2011

RUMAH ANAK-ANAK YATIM/MISKIN BAIT AL-AMIN KAMPUNG TENGAH PERAK~

BILA JARI JEMARI BERSUARA~
Apa khabar rakan-rakan blogger?Hujung minggu lepas cikgu akim menghabiskan masa bersama-sama anak-anak bait al amin..Rindu sama mereka...Banyak kenangan sepanjang program JASA exco kebajikan kolej..program yang mengambil masa selama hampir 2 hari itu bertujuan mendekati dan menyelami perasaan anak-anak yang serba kekurangan..mereka kurang kasih sayang insan bergelar ayah dan ibu..malahan ada juga yang sudah kehilangan insan tersayang..walaupun masih setahun jagung..namun mereka mampu berdikari..sayu hati mengenangkan mereka...

Selama cikgu akim beraktiviti bersama mereka...apa yang ketara ialah anak-anak disana amat-amat memerlukan motivasi daripada kita..motivasi untuk teruskan perjuangan..motivasi untuk terus berjaya dalam hidup...dan yang paling penting sentuhan kasih sayang..tak mampu mencoretkan banyak lagi kisah bersama adik-adik disana..bersyukur masih diberi peluang merasai kasih sayang ibu dan ayah..dan masih mempunyai insan yang kita sayang disisi ...
Kenangan bersama adik-adik Bait Al Amin..insyaAllah akan kesana lagi=)

1 comment:

Ai, takkan tengok je.:)

~TinGgalkan JEjak Anda~

Lawat Blog mereka juga~