August 9, 2010

::Ku mengharapkan Ramadhan Kali ini lebih Bermakna::


Assalamualaikum dan salam sejahtera...
Nampaknya beberapa hari lagi semua umat islam diseluruh dunia akan menyambut bulan ramadhan al mubarak...setiap kali ramadhan aku pasti teringat dekat keluarga tersayang..tambahan sejak duduk asrama dulu jarang dapat berbuka puasa sekali..mungkin tahun ni pun sama..yang paling best berbuka puasa kat rumah sebab mama aku masak sedap2..hi3..nafsu ja sumer tu...berbalik pada bulan ramadhan aku ada terbaca beberapa ringkasan mengenai fadhilat bulan ramadhan:

Kewajiban Berpuasa:Surah Al Baqarah ayat 183
"Wahai orang-orang yang beriman Kamu diwajibkan berpuasa sebagaimana yang diwajibkan atas orang-orang yang dahulu daripada kamu,supaya kamu bertaqwa"
 
@FADHILAT DAN KEUTAMAAN RAMADHAN
Terdapat puluhan hadis Rasulullah SAW tentang fadilat dan keutamaan bulan Ramadhan.Walau bagaimana pun faedah dan manfaat itu hanya diberikan kepada umat islam yang taat menjunjung segala perintah Allah.

Diantara hadis Rasulullah SAW mengenai fadilat,kelebihan,keutamaan dan kemuliaan bulan Ramadhan.

•Pintu langit dibuka :
Sabda Rasulullah SAW.
"Apabila masuk bulan Ramadhan maka dibukakanlah pintu-pintu langit dan ditutupkan pintu-pintu neraka dan diikatlah semua syaitan"(Riwayat Bukhari dan Muslim)

•Pintu-pintu syurga dibuka
Sabda Rasulullah SAW
"Pada malam pertama bulan Ramadhan diikatlah semua syaitan dan jin dan ditutuplah semua pintu-pintu neraka dan tidak dibuka satu pintu pun darinya.Dan dibukakanlah pintu-pintu syurga dantidaklah ditutup satu pun darinya.maka berserulah penyeru: Wahai orang yang melakukan kebaikan hampirlah kamu,wahai orang yang melakukan kejahatan undurlah kamu.Dan sesungguhnya Allah Mempunyai ahli neraka yang dibebaskan dan sedemikian itu berlaku pada setiap Malam(Ramadhan). (Riwayat At-Tirmizi dan Ibnu Majah dari Abu Hurairah)


#Amal ibadah bulan Ramadhan
•Solat tarawih
•Solat-solat sunat yang lain
•Bantu membantu sesama umat islam
•Memberi hidangan berbuka puasa
•Banyakkan membaca Tahlil (Syahadah,zikir dan bertasbih)
•Banyakkan beristighfar dan bertaubat
•Banyakkan berdoa memohon syurga dan perlindungan dari azab neraka
•Banyakkan bersabar
•Tinggalkan dan jauhi dari perbuatan maksiat dan mungkar.
•Dan hindarkan dari mengumpat,berkelahi,boros,fitnah memfinah,berbohong dan sebagainya.

#Ganjaran Pahala ibadah dan fadhilatnya.
Ganjaran pahala dibulan Ramadhan adalah berlipat ganda.Ibadah fardhu diberi pahala sehingga 70 kali ganda.Manakala ibadah sunnat diberi pahala saperti ibadah fardhu.Bulan Ramadhan ini terbahagi tiga bahagian:-

1.Mendapat rahmat Allah SWT bercurah-curah.
2.Mendapat kempunan Allah SWT
3.Mendapat pelepasan Azab neraka

Aku amat mengharapkan ramadhan tahun ni lebih baik dari tahun sebelumnya...tingkatkan amal soleh dan sentiasa berusaha ke arah kebaikan..buat keluarga tersayang jangan la lupa kat anakmu ni ye yg jauh berada di tanjung malim..sob3....
 
::family terchenta~


::mama n abah yang disayangi~
:selamat menyambut bulan ramadhan semua~


Do'a Niat Puasa :
nawaitu shauma godhin 'an adaai fardli syahri ramadlaani haadzihis sanati lillahi ta'aalaa
Maksudnya: Sahaja aku puasa esok hari pada bulan Ramadhan tahun ini kerana Allah Taala


Do'a Buka Puasa :
allahumma laka shumtu wa bika amantu wa 'alaa rizqika afthartu birahmatika ya arhamarrohimin
Maksudnya:Ya Allah bagi Engkau aku berpuasa dan dengan Engkau beriman aku dengan rezeki Engkau aku berbuka dengan rahmat Engkau wahai yang Maha Pengasih dan Penyayang.


Klau nak niat Puasa sebulan terus:
Maksudnya:Sahaja aku berpuasa keseluruhan bulan Ramadhan kerana Allah Ta”ala

2 comments:

  1. Salam Ramadhan :)
    Semoga Ramadhan kali ini penuh bermakna serta meningkatkan amalan kita.

    ReplyDelete

Ai, takkan tengok je.:)

~TinGgalkan JEjak Anda~