May 3, 2010

::Umur Semakin Berkurang::

Allhamdulillah...aku bersyukur kerana diberi nikmat hidup hampir 20 tahun...sehari saja lagi umurku akn mencecah ke angka puluhan..hi3 ..da makin tua..terima kasih kepada ibu bapaku kerana melahirkanku didunia ini.

Aku sangat tertarik dengan hadis yang diberikan oleh seorang sahabat melalui facebook:

‘Birthday’ yang biasanya diucap ‘selamat’ itu sebenarnya ‘bertambah kurang’. Seeloknya di samping bergembira, jangan lupa aspek manfaat dan kualiti amal yang kita lakukan perlu seiring dengan pertambahan usia kita. Hal ini sangat penting kerana di akhirat nanti, setiap individu akan dipertanggungjawabkan di hadapan Allah s.w.t. Sebagaimana di dalam hadis Nabi s.a.w. yang bermaksud: “Tidak berganjak kedua-dua kaki seorang hamba pada Hari Kiamat sehingga ia disoal mengenai umurnya pada perkara apakah ia habiskan, ilmunya untuk apakah ia gunakan, harta bendanya dari manakah ia peroleh dan pada apakah ia belanjakan, mengenai tentang tubuh badannya pada perkara apakah ia susutkan kemudaan serta kecergasannya.” (HR Tarmizi).

Sehubungan itu, kita perlu menggunakan sisa umur yang masih diberikan ini dengan amalan yang baik khasnya bagi mencapai ‘Husnul Khatimah’ iaitu penghabisan umur yang baik. Mereka yang tidak menggunakan usianya dengan sebaiknya berada dalam kerugian dunia dan akhirat.

Hidup hanya sekali kerana peluang tidak datang berkali-kali. Hanya mereka yang terpimpin dengan al-Quran dan sunnah Nabi yang akan sentiasa berwaspada terhadap peringatan Allah s.w.t. Dalam surah al-’Asr yang bermaksud: “Demi masa, sesungguhnya manusia itu dalam kerugian kecuali orang yang beriman dan mengerjakan amal soleh, mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan sabar“.


“Dan ingatlah, Allah tidak sekali-kali melambatkan ke matian seseorang (atau sesuatu yang bernyawa) apabila sampai ajalnya, dan Allah amat Mendalam PengetahuanNya mengenai segala yang kamu kerjakan.” Ketika menyanyikan lagu ‘Happy birthday to you’ janganlah kita lupa merenung hadis ini: “Rebutlah olehmu akan lima perkara sebelum datang lima perkara; hidup kamu sebelum mati, sihat kamu sebelum sakit, masa lapang kamu sebelum masa kesibukan kamu, muda kamu sebelum tua dan kaya kamu sebelum miskin..” (HR Hakim dan Baihaqi).

Oleh itu..marilah kita renung-renungkan bersama...umurku semakin berkurang..Happy bufday!!



::terima kasih abah n mama kerana melahirkanku di dunia ini::



4 comments:

  1. dah nak besday ke? selamt beramal..hehe..kite makin besar makin bnyk tggjwb dan amanah kena pikul..ucap selamat utk kite sejahtera dan dalam msa sama kena berfkr dan muhasabah..

    ReplyDelete
  2. umr smakin brkurang & anda smakin tua. hihihihihi

    ReplyDelete

Ai, takkan tengok je.:)

~TinGgalkan JEjak Anda~

Lawat Blog mereka juga~