December 12, 2010

Rebutlah peluang!

Bila jari-jemari bersuara!
Salam semua..skrang ni kan musim2 peperiksaan spm n stpm kan..dah tahu ke halatuju lepasni?harap2 dapat buat pilihan yg tepat demi masa depan yang cemerlang!Aku sebenarnya sedih juga bila dengar kawan2 lama..ada yang tak berjaya teruskan pelajaran mungkin ada sebab2 tertentu dan sebagainya..

Tadi baca kosmo Online terjumpa tajuk ni: 

Pelajar cicir diberi peluang kedua




PUTRAJAYA - Rebutlah peluang kedua yang ditawarkan oleh 64 kolej komuniti di seluruh negara yang menyediakan lebih 50 kursus kemahiran di bawah sembilan Program Sijil Modular Kebangsaan.
Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, peluang kedua itu diberikan kepada golongan yang tercicir pada kali pertama dan ia memberikan kesempatan kepada mereka menyambung pengajian.
Dalam syarahan bertajuk Peluang Kedua di sini semalam, beliau berkata, pada yuran serendah RM10 sebulan, mereka boleh mengikuti kursus jangka pendek dalam tempoh antara tiga hingga enam bulan.
Katanya, syarat kemasukan yang lebih terbuka kerana hanya memerlukan sekurang-kurangnya pelajar yang boleh membaca dan menulis dalam Bahasa Malaysia.

pss:Harap2 mereka yang cicir tu dapatlah rebut peluang ni k..kalau tak rugi!

3 comments:

Ai, takkan tengok je.:)

~TinGgalkan JEjak Anda~