December 12, 2010

Contest dari Immukmin

Tajuk: Mencari Sinar

Lambungan sang ombak terus memecahkan kesunyian malam.Malam  yang penuh dengan perbuatan jijik sekumpulan manusia bertopengkan syaitan.Seorang gadis meraung diperlakukan seperti anjing jalanan dicelahan batu besar .Malam itu menyaksikan kehancuran sebuah kehidupan.Kehidupan seorang wanita.Kerana asetnya sudah dijamah lelaki-lelaki yang dahagakan nafsu iblis!Apa yang tinggal hanyalah igauan hitam dalam memori seorang gadis.

Zaharah.Putih bersih.Gadis comel seperti pelakon korea.Baru berusia 19 tahun.Namun hidupnya bergelumang dosa.Hari-hari yang berlalu seakan menambahkan titik hitam pada hatinya.Tegukan air syaitan menjadi santapannya tatkala berhibur bersama teman.Namun dia belum pernah mengadaikan maruahnya pada mana-mana lelaki.Papa zaharah, Datuk Roslan ahli perniagaan terkenal sangat sibuk dengan perniagaannya sampai mengabaikan keperluan kasih sayang kepada anak tunggalnya.Perangai Datuk Roslan berubah sejak kematian arwah isterinya, Datin Kamariah Lee Abdullah seorang wanita cina yang memeluk islam setelah berkahwin dengan Datuk Roslan.Kehidupan dirumah banglo 3 tingkat itu ibarat penjara buat Zaharah.Lantas mencari keseronokkan duniawi.

Harapkan pagar, pagar makan padi.Sewaktu meraikan hari jadi Abg angkatnya, Saiful yang baru 2 bulan dikenali.Zaharah lupa perihal maruah.Dia terus tenggelam dalam keasyikan duniawi sehinggalah saiful mengajaknya mengambil angin ditepi pantai.Tatkala berdua-duaan datang syaitan menghasut.Namun Zaharah menepis perbuatan saiful yang melampau.Tapi tenaga sang gadis tak mampu menandingi.Zaharah ditolak dengan kasar sehingga terjatuh.Saiful terus merogol tanpa belas kasihan.Ntah dari mana datang 3 lelaki meneruskan perbuatan jijik tersebut .Perbuatan itu dirancang oleh sindiket syaitan!

Hidup Zaharah gelap..kelam..kabur..Dia tak mampu meneruskan hidup.Lantas dikelar pergelangan tangannya.Darah berlumba-lumba keluar membasahi katil.Namun kuasa Allah telah menyelamatkan Zaharah.Pembantu rumahnya bibik syikin sempat membawa Zaharah ke hospital.Seminggu dihospital, Zaharah sering mendapat bunga dari seseorang yang tak dikenali.

'Dan bagi Allah kerajaan langit dan bumi,dan Allah amat berkuasa atas tiap2 sesuatu'(surah Al-Imran:189)

Keluar titisan jernih dari mata Zaharah usai membaca nota terselit bersama bunga tersebut.Siapakah pemuda bernama Imran yang sering memberinya bunga dan peringatan dari Ayat Allah itu?Apakah masih ada sinar untuknya bertaubat?Dan sudikah insan bernama lelaki menerimanya sebagai isteri?Sama-sama kita nantikan kemunculan cerita ini........


Sinopsis ini dikarang untuk kontest immukmin...Aku tag tiga orang~

Ayuni
Mardhiah
Haris

4 comments:

  1. Tahniah kerana sempat menyiapkannya... Akak mohon maaf sb akakpun baru sempat menyiapkannya... Good luck too.... Cerita yang bagus...

    ReplyDelete

Ai, takkan tengok je.:)

~TinGgalkan JEjak Anda~