September 21, 2014

MUSIM BUNGA DI SYDNEY

Selamat bersua kembali para blogger sekalian
Tak sangka da masuk September, hampir 7 bulan berada di bumi Sydney ni! Di Australia sekarang sudah musim bunga dengan pelbagai acara yang dianjurkan di beberapa kawasan untuk menyambut musim bunga. Di semua tempat penuh dengan pelbagai jenis bunga yang ditanam menghiasai kawasan pejalan kaki dan juga kawasan-kawasan tumpuan penduduk... Dah lama rasanya bertapa dalam bilik siapkan penulisan tesis dan juga tugasan kuliah. Akhirnya aku keluar juga menghirup udara musim bunga yang cerah dan terik disinari mentari tapi tetap sejuk disapa angin.

Trip kali ni ditemani geng yang sentiasa happening dari sem 1- Afiq,Fye,Ain dan Izmil.. Perjalanan memakan masa 2 jam dari Central stesen Sydney ke Bowral stesen ...Gambar sepanjang perjalanan tak sempat ambil sebab masing-masing rancak bersembang dan tidur..haha...

 Setibanya di Tulip Show Bowral, disambut oleh pak cik ni yang lengkap berkostum traditional.





Perkenalkan geng trip tulip- Ain, Fye, Izmil dan juga jurugambar sepanjang trip, Afiq yang tiada dalam gambar sebab sibuk mengambil gambar





  Dah mula rambang mata tengok tulip-tulip ni. Maklumlah first time tengok real camni.



Model jambatan




Cantik! Putih dan merah memberikan kombinasi menarik



Masa tengah rambang mata dengan tulip, tiba-tiba ada pengumuman pasal perarakan.. Apalagi, kitorang tak nak terlepas tengok perarakan ni terus keluar balik dari tempat tengok tulip tu.








Tertarik dengan kereta kuda tu..klasik!





Jom layan lagi gambar tulip

yang ni sekali tengok macam kertas ja

 Terpesona jap dengan kombinasi macam-macam warna!

 landskap yang menarik


 terserlah lagi warna dengan sinaran mentari 


sebelum balik ada juga peminat yang nak bergambar! haha..adik-adik omputih yang comel


Wohooo! rupanya baju matching dengan tulip tu...Hari pun dah petang..Pulang marilah pulang.



pss: Empat musim semua da rasa..Petunjuk bahawa pengajian Sarjana disini hampir selesai.

7 comments:

  1. Terbaikkk loqmann.. Ya Allah seronoknya tengok tulips so beautiful and adorable. ! good luck! Good luck utk writing viva dan sbgnya. dan selamat kembali ke malaysia!!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Allhamdulillah berkesempatan juga tengok real tulip..hehe...Tqq Ain....good luck juga for your Master, tesis dan sebagainya..moga dipermudahkan perjalanan menuntut ilmu..amin

      Delete
  2. Hey bestnya!!!! kalauu bole petik, tulip ada bau harum tak...hhee

    ReplyDelete
    Replies
    1. jom2 datang bau..susah nk describe bau tulip..hahahhahaha

      Delete
  3. cantiknya bunga tuh!!!.wish to take a shot there!

    ReplyDelete
  4. salam..nak tye beberapa soalan..festival ni smpai bila ye? sbb sy akan ke sydney bulan depan..selain ke Bowral stesen ni,ada lagi x area city or dekat sikit la yg ad bunga tulips camni? tq yer

    ReplyDelete
    Replies
    1. wasalam..Tulip show kat Bowral sampai 28 Sept ja... Kat area Sydney yang tahu kat Bowral ja. Tapi kalau at Canberra (2 hours from sydney) ada biggest Flower show known as Floriade 2014 (untill 12 October)..Mybe boleh google2 tengok sbb tak pernah sampai lagi kat sana...

      Delete

Ai, takkan tengok je.:)

~TinGgalkan JEjak Anda~