March 4, 2014

Kelas dah bermula!

Pejam celik rupanya dah 2 minggu aku di bumi sydney.. Sungguh masa itu sentiasa mengejar kita...
Setakat ni semuanya berjalan lancar...mujurlah aku disini ada sahabat-sahabat yang sentiasa menghulurkan pertolongan dan nasihat... Moga masing-masing berjaya dalam perjuangan yang punya misi tersendiri...namun matlamat tetap sama!


Oh ya...kuliah sudah bermula..apa yang aku perasan di sini , sebagai pelajar master semuanya perlu dilakukan sendiri..Dalam makmal contohnya, penyasrah hanya memberikan tajuk dan penerangan sepintas lalu, kemudian persediaan daripada A-Z perlu dilakukan mengikut pengetahuan masing-masing..Mula-mula kekok juga..ingat macam zaman degree lagi..hoho...memang kena fokus betul-betul...Tak boleh main-main dah...
-
-
subjek semester ni agak berat juga sebab banyak ke arah research...Moga semuanya berjaya disiapkan dalam masa yang ditetapkan..amin

 Semester ni aku banyak habiskan masa dalam makmal sebab subjek biochemistry ni perlu lengkapkan modul mengikut topik...


Fakulti agriculture and environment ni terletak di Australian technology park, biomedical building...berdekatan dengan main campus.

Cerita pasal kelas ni aku beruntung sebab dapat sewa rumah berdekatan...Habis kelas pagi, balik makan sempat tidur then pergi makmal pula...haha...Rumah sewa ni terletak di redfern. Setakat ni kena masak sendiri kalau nak senang n jimat sebab makanan halal yang ada pun kebab.Takkan hari-hari nak makan kebab turki kan...nak juga makan ayam masak merah, kari or kurma..hehe
Setiap hari aku akan meredah laluan ni untuk ke kelas...Sekarang ni cuaca masih lagi panas tapi sebab dah masuk penghujung musim panas, berlaku peralihan ke musim luruh, jadi cuaca tak dijangka...kejap hujan..panas...then hujan balik...tiba-tiba panas balik..tup-tup sejuk...


bila hujan turun sempat bertapa kat pondok bas...siap ada tanduk lagi..kah3...Tapi kadang-kadang kitorang main redah ja hujan..sebab hujan kat sini ala-ala kabus ja...jarang lebat sangat...


pss: ada beberapa member yang request wat entry pasal campus di uni of sydney..okeh nanti musim luruh la shoot gambar ya..cuaca cantik skit..



2 comments:

  1. Bagus nyer.. n best nyer..
    Moga berjaya..

    ReplyDelete
  2. selamat kembali belajar loqman..
    may Allah grant you happiness and success.always.

    ReplyDelete

Ai, takkan tengok je.:)

~TinGgalkan JEjak Anda~

Lawat Blog mereka juga~