May 25, 2013

TIPS TEMUDUGA IJAZAH SARJANA MUDA PENDIDIKAN

Assalamualaikum dan salam sejahtera...
Baru-baru ni lepasan stpm/setaraf dah boleh semak result lulus MEDSI atau tidak untuk temuduga bidang pendidikan..TAHNIAH bagi yang berjaya ke peringkat temuduga..

Sekadar menceritakan pengalaman masa kena interview dulu..Teringat lagi tahun 2009 dapat interview untuk kursus pendidikan UPSI  bertempat di fakulti pendidikan UITM shah alam..Masa tahu dapat temuduga tu rasa cam berdebar-debar sebab tak pernah lagi diinterview secara formal..Masa belajar kat MRSM dulu memang ada mock interview(latihan untuk interview)..tapi lainkan situasi..yang tu cikgu2 kita da kenal..yang ni pensyarah yang kita tak kenal..memang berdebar..yang penting cool~

So nak cerita based on pengalaman dan sedikit tips berguna..Harap bermanfaat untuk semua...

1) PERSEDIAAN

-sediakan dokumen-dokumen yang perlu dibawa dan susun ikut turutan agar memudahkan panel untuk melihat dokumen anda.
-Pakaian yang formal ..ok bab pakaian ni lelaki senang ja..pakai kemeja dan tie sudah nampak kemas..Tapi yang wanita pula janganlah pakai bnyak sangat aksesori..contoh kerongsang rama-rama seketul kat kepala..erk ada ke..haha..contohla..Pakai pakaian yang melambangkan cikgu-cikgu okeh..Baju corak jgn keterlaluan.Asalkan nampak kemas-sopan dah cukup...

Pengalaman kena interview-
(Berbeza mengikut tempat dan panel yg menilai)
masa saya dulu dia tanya beberapa soalan :

1)Describe about yourself( Dia tanya dalam BI so time tu saya jawab dalam BI)

2) Kenapa awak mintak bidang ni (kita kena tahu pasal bidang atau kursus kita ni)

3) Pada pendapat awak, adakah wajar seorang guru merotan jika anak murid tidak menyiapkan kerja sekolah( soalan berkaitan apa tindakan kita kalau da jadik cikgu..soalan-soalan macamni kena cool ja jawab..sbb ada sedikit provokasi..yang penting lebarkan senyumanmu walau hati membara..hehe)

4) Kalau awak jadi guru nanti, perkara pertama awak nak ubah kat sekolah tempat awak mengajar  tu apa?(debushh KBKK nii..apa yang kita nak ubah kat sekolah tu)

5)Anggap kami ni(panel) sebagai murid, jadi saya nak awak mengajar topik dalam subjek bla2..bla..bla..(Serious masa saya dulu kena mengajar kat depan panel..nasib bek masa tu dia bebas pilih ja nak ajar bab apa..so saya ajarla pasal photosyntesis..amek yg senang nak explain dahla..jgn carik yg susah2...)


Sebenarnya, temuduga ni panel boleh tanya apa-apa jenis soalan..Jangan terkejut kalau dia suruh baca sajak ke, syair ke, nasyid ke...apa pun boleh jadik..Yang penting diri KITA sendiri macamana nak menjawab soalan dan sejauhmana keberanian kita bercakap dan melakukan apa yang disuruh...Sebabtu kena sentiasa cool ja....tersasul takpa..biasala tuh..Tapi kena pandai kawal keh...Jangan risaula..tak susah pon interview ni..santai-santai ja...Tapi dalam keadaan yg agak formal...


TIPS:
-Study sikit pasal universiti yg kamu pilih dan bidang yg kamu ambil
-Isu semasa pendidkan/pengetahuan am
-Kenapa berminat nak jadi cikgu


apa yang penting kena BECAKAP-BERCAKAP-BERCAKAP
jangan bila ditanya sengih dan senyap...



ALL DA BEST!!




28 comments:

  1. good tips.bley bg kt member2 yg nk jadik cikgi.

    ReplyDelete
  2. @sakuraspicelife yup..ni based on pengalaman ...sharing is caring..

    ReplyDelete
  3. ader sape2 yg boleh kongsikan tips dan pengalaman interview medsi ukt ismp vokasional (ek n en) kt uthm..tq

    ReplyDelete
  4. @Anonymous lebeh kurang ja mana2 tempat..cuma kena study pasal bidang yang diambil dan kenapa pilih uthm tu...dan apa prospek bidang tu dalam kerjaya nanti..all da best!

    ReplyDelete
  5. panel tnya 5 soalan tu je ke ? hehe . brpa lama sesi tmuduga tu ? 10minit ?

    ReplyDelete
  6. @Anonymous yup...masa saya kena dulu 5 soalan ni ditanya..lamaaa gakk..dalam 15-20 minit camtuu

    ReplyDelete
  7. cikgu akim,ape perbezaan antara ismp dengan kepujian (hons) dengan tiada hons. adakah mmg tiada penempatan lgsg utk ismp open market ni walaupun dengan hons?terima kasih..

    ReplyDelete
  8. Ada kepujian tu maksudnya ijazah yang ada buat 'dissertation' atau thesis kat penghujung dia..kalau takde kepujian takpyah buat thesis. jadi general degree jerla..

    soalan kedua:
    open market maksudnya tak dijanjikan penempatan sebagai guru bila habis belajar nanti..Contoh kalau amek ISMP Multimedia dgn kepujian(open market)..maksudnya abis belajar tak semestinya dapat jadik cikgu..mybe jadik pensyarah kolej komuniti,KKTM polyteknik keje kat jabatan bahagian multimedia dan sebagainya...mudah kata pasaran terbuka apply ja nak jadik apa lepas belajar tak semstinya dapat cikgu...

    Dari segi penempatan saya tak berani komen..sbb kalau tgok situasi sekarang ramai yg amek ISMP bukan open market pon belum posting lagii...Tapi pendapat saya kalau betui2 minat bidang pendidikan..Terima ja tawaran ISMP(Open market)kalau dapat...belajar sama ja...lepas habis belajar apply la jadik cikgu..lau tak dapat usahakan apply jadik pensyarah kolej vokasional ka poly ka(pendidik juga kan)..mana2 ja..yg pasti kita tak tahu rezeki kita kat mana kan lepas habis belajar..so selagi ada peluang belajar ja...in sha ALLAH cita-cita akan tercapai selagi kita usaha..yang penting skor dan do the best!! Fighting =)

    ReplyDelete
  9. terimakasih cikgu keran afolow blog akak

    anak kedua akak pun dok tunggu result UPU jugak..

    ReplyDelete
  10. salam..sy pun spt seorg pengunjung blog diatas.dh selesai interview utk medsi tp masih ragu2 dgn istilah 'open market' ni? knp semua program pendidikan di ipta jd open market skrg?maknanya semua yg amik course pendidikan mulai 2012 hingga seterusnya tiada jaminan penempatan la?tiada cara lain ke utk memastikan yg student pendidikan ni ada penempatan setelah tamat belajar selain dr ipgm?

    ReplyDelete
  11. @Anonymous TIADA cara lain...semuanya bergantung pada kementerian..Apa yg kita boleh buat usaha+doa+tawakal= Kejayaan...Apa2 pon belajar dan skor tinggi2..in sha ALLAH...rezeki tetap ada =)

    ReplyDelete
  12. saya 2 kali iv dengan upsi.. dua2 lulus, tapi kali kedua tu kan sekali dgn medsi, medsi pulak gagal..
    btw, sy akan ada iv kat usm, harap2 la tips ni serba sedikit membantu

    ReplyDelete
  13. Trime kasih,, baru lega sikit ht bile ade pnerangn psal open market, (bakal student upsi september ni) >.< tq!

    ReplyDelete
  14. Assalamualaikum cikgu, saya ada sedikit pertanyaan untuk cikgu, sebenarnya saya masih kurang jelas mengenai ujian medsi ni, pertamanya, adakah saya mesti menjadi guru sekiranya saya lulus ujian ini ? dan adakah peratusan lulus ujian ini rendah..? saya ajukan soalan ini kerana saya dipanggil untuk temuduga dan ujian medsi di UTM Johor dan saya tinggal di Kedah jadi perjalanannya panjang serta kos yang agak tinggi sebab itulah saya ingin tahu peluang saya untuk lulus.Seperkara lagi, saya masih berbelah bagi untuk menjadi guru (50-50).. Bantuan dan pandangan dari cikgu sangat saya harapkan.. teriama kasih

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sama la kita. tgh cari tips ni. cuba pengalaman nk p interview tu, dpt atau x belakang kira.. huhu - utagha ke selatan -

      Delete
    2. saya pon tapi betul ker zaman sekarang nie susah nak jadi guru under kpm walaupun lepasan ijazah pendidikan?? rasa was2 nak pegi interview sebab sekarang tgah study degree engineering kat u lain...

      Delete
    3. Maaf mungkin terlewat bals..sbb xperasan komen ni...Pada pendapat saya, apa yang penting tanya diri sndiri...Apa sebenarnya cita2 kamu...Kalau ada niat nak jadi guru, so pergi ja interview dan ujian MEDSI kalau dipanggil. kalau tak berjaya sekurangnya dapat pengalaman dan akan datang boleh apply lagi dan lebih bersedia.. Kalau masih 50-50 tu yang bahaya. Sebab takut menyesal di separuh jalan.. So, sentiasa tnya diri, betulke nak jadi guru..betul ke..kalau da dapat jawapan terus berjuang ntuk bidang yang di pilih tu k.. Pasal peratus lulus ujian medsi tu sy pun tk berani komen..sbb ujian tu nak tengok kecenderungan kamu ke arah bidang pendidikan..sesuai tak jadi cikgu..apa2 pun semoga berjaya walau apa pun bidang yang kamu pilih!

      Delete
    4. Assalamualaikum cikgu, ada sedikit pertanyaan yang ingin saya tujukan, adakah dengan ijazah sarjana muda teknologi serta pendidikan (elektrik & elektronik) saya layak untuk menjadi pensyarah di politeknik/kolej komuniti..? Walaupun program degree tersebut tiada kelulusan kejuruteraan..? Saya merupakan lulusan diploma kejuruteraan elektrikal di politeknik Saya mendapat tawaran program ijazah sarjana muda di UTM.. maklum balas cikgu amat saya harapkan..

      Delete
    5. This comment has been removed by the author.

      Delete
    6. This comment has been removed by the author.

      Delete
  15. asslamualaikum,saya takut nak hadiri temuduga,,

    ReplyDelete
  16. very good tips, saya pun bakal menduduki temuduga pendidikan di UPSI harap2 semuana berjalan dengan lancar :)

    ReplyDelete
  17. prlu utk mnghilangkan rasa malu utk seketika demi cita2..huhu..lusa ada iv ismp..�� hrp smuanya brjln dgn lncar..

    ReplyDelete
  18. Cikgu doakan sy dpt tawaran pendidikan.

    ReplyDelete
  19. Thnks cikgu sebab bagi info utk temuduga at least ada juga panduan walaupun sedikit kalau dapat panggilan temuduga pendidikan.. Doakan saya cemerlang result STPM yg akan kelua hujung bulan ni and saya pn nak apply upsi.. huhu :D

    From : Puteri Diana..

    ReplyDelete
  20. Salam cikgu..saya ada iv kat upsi tak lama nanti ada dengar org cakap tak elok pakai baju kurung kena pakai kemeja skirt and kot betulke??

    ReplyDelete
  21. assalamualaikum cikgu. kalau yg die suruh mengajar tu, xpernah ada pengalaman mengajar mcm mana ek? gile gugup rase..lagipun, saya dh lama kot tinggal alam persekolahan. dah dekat 15tahun kot.

    ReplyDelete

Ai, takkan tengok je.:)

~TinGgalkan JEjak Anda~