October 17, 2012

MEMORI BERSAMA-KISAH PRAKTIKAL=)

"Saat ni..sedang menghitung hari untuk menamatkan kisah praktikal di SMK Changkat Lada... Hanya hati ini yang merasa..merasa sentuhan kemesraan dan kebaikan dari guru-guru dan juga sentuhan kebaikan dan kasih sayang daripada murid-murid...Walaupun tak semuanya indah..tapi banyak yang tetap mekar dalam ingatan ni...."

wah berbunga-bunga ayat intro kan!Seyesly rasa berat nak tinggalkan kisah praktikal ni...macam-macam ragam murid yang aku jumpa..nakal...giler-giler..pemalu..tak malu...kelaka...dan seangkatan dengannya..semuannya tinggalkan kenangan yang tersendiri..dan yang paling terasa bila panggilan "cikgu" melekat kat depan nama tu..rasa macam..eh da jadik cikgu ke aku ni...Tapi banyak sangat memori yang tak terluah kat blog ni..cukuplah sekadar secebis coretan sebagai salam perpisahan...

Kalau nak cakap pasal sekolah ni..rasanya semua sekolah sama ja...semua ada bangunan..ada makmal..ada bengkel..ada kantin..bla3..tapi yang specialnya sekolah tempat aku praktikal ni adalah murid-muridnya..ya!murid-murid yang nakal kowt!mau bikin panasss ja..hhahha..tapi yang penting dorang still hormat cikgu..dan sangat enjoy mengajar dorang..Cikgu-cikgu kat sini pown sporting..tak rasa boring dudUk dalam bilik guru..ada ja kisah-kisah yang terjadik..kadang sampai tak kering gusi dibuatnya...

KISAH  BERSAMA MEREKA =)

Kelas gabungan 2Al-F-2Al-B-2 IR..aku ajar KH pertanian...Aish...masing-masing ada perangai pelik2..ada yang cakap banyak tak henti2..ada yang pendiam..ada yang guna volume 5 masa cakap ngn cikgu...hehe...ada yang giler-giler...tapi dorang sangat bagus dan mendengar kata..



Tingkatan 2 Al-M..aku ajar sivik...owkeh..yang lelaki memang NAKAL dan suka wat panassss...hahah..tapi   tetap cool...yang perempuan pemalu dan pendiam...


 Tingkatan 2 Al-B--ajar sivik..dorang nakal..keras kepala...giler-giler..tapi masa suh wat kejer majoriti buat!bagus...

Kami- 3 orang guru praktikal bergambar dengan taman herba khas untuk smkcl...terima kasih cikgu-cikgu dan murid yang banyak membantu sepanjang menyiapkan taman herba ni...

DAN kelas yang suka wat kejutan untuk aku ialah kelas 4 ST- aku ajar Sains pertanian..kelas ni sangat sporting dan semua suka berlumba-lumba untuk belajar...yang seronok kelas ni bersatu padu...walaupun kadang2 ada gak yang malas-malas dan tidur dalam kelas..hahhaha....



SAAT PERPISAHAN =(




<CIKGU AKAN SIMPAN KENANGAN NI >

PSS:TERIMA KASIH KEPADA SEMUA WARGA SMKCL..JASA KALIAN TAKKAN KU LUPA..DAN KEPADA MURID-MURID PERTAMAKU...TERUSKAN  MENITI PERJALANAN INI..MENGGAPAI KEJAYAAN DUNIA AKHIRAT !!



4 comments:

  1. thn dpn da posting..lain ceta da ye..hehehe..

    ReplyDelete
  2. aku pun tak sabarrr! Baru nak isi borang LMPK. hohohohohoh

    ReplyDelete
  3. Sangat lah tersentuh hati ini tatkala membaca. Mulia kan tugas guru ni? selamat menjadi guru cemerlang, terbilang dan gemilang hendaknya. Insya Allah. Sama-sama menembak doa. Moga dikabulkan olehnya. Saya akan menyusul en. Senior kemudian :)

    ReplyDelete

Ai, takkan tengok je.:)

~TinGgalkan JEjak Anda~

Lawat Blog mereka juga~