December 20, 2011

KEPUTUSAN PMR 2011 -22/12/11

Nampaknya debaran adik-adik yang menduduki PMR semakin laju dek kerana keputusan PMR bakal diumumkan 2 hari lagi..Adik saya yang duk kat rumah tu pown dah seram sejuk tunggu keputusan..Tapi zaman sekarang advance da bleh cek guna sms..so mungkin kurang sikit debaran lau guna sms kan...har3...Apa-apapun semoga usaha yang bersungguh-sunnguh selama ni akan dibalas dengan kejayaan!!Semoga berjaya..berikut berita BERNAMA dari Utusan:

KUALA LUMPUR 19 Dis. – Keputusan peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR) 2011 akan diumumkan Khamis ini.
Menurut satu kenyataan Kementerian Pelajaran hari ini, analisis keputusan PMR akan diumumkan di Putrajaya pada hari berkenaan.
"Calon boleh mendapatkan keputusan peperiksaan di sekolah masing-masing selepas 10 pagi pada hari sama,” menurut kenyataan itu. Mulai tahun ini, kementerian memperkenalkan khidmat semakan keputusan PMR melalui mySMS 15888 yang diaktifkan mulai 10 pagi Khamis hingga 12 tengah malam, 28 Dis.
Maklumat lanjut berhubung khidmat pesanan ringkas (SMS) itu boleh diperoleh di laman sesawang kementerian www.moe.gov.my.
Seramai 481,292 calon menduduki peperiksaan PMR di seluruh negara tahun ini. - BERNAMA

WALAU APAPUN KEPUTUSAN..TETAP TERUSKAN PERJUANGAN!!!

0 Hantar Kerja Sekolah!:

Post a Comment

Ai, takkan tengok je.:)

~TinGgalkan JEjak Anda~