October 6, 2011

BERITA~


Debat PPM tawar hadiah RM25,000


KUALA LUMPUR 4 Okt. — Pertandingan Debat Piala Perdana Menteri 2011 (PPM) peringkat Institusi Pengajian Tinggi (IPT) yang dianjurkan buat pertama kalinya, menawarkan hadiah wang tunai lumayan berjumlah RM25,000 untuk juara.
Bakal berlangsung di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), di sini dan bermula 20 Okt hingga 25 Okt depan, 192 peserta dari 24 IPT awam (IPTA) dan IPT swasta (IPTS) akan berentap dalam dalam dua kategori debat iaitu Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris.
Sebelum ini, PPM hanya mengadakan pertandingan peringkat Sekolah Berasrama Penuh (SBP) sejak 1974.
Pengarah program, Mohd Khair Ngadiron, dalam sidang media mengenai pertandingan itu hari ini berkata debat bertemakan ‘Generasi Muda Untuk Transformasi’ merupakan refleksi kepada keterbukaan Perdana Menteri dalam setiap tindakan serta keputusan yang dibuat kerajaan.
Khair berkata, debat tersebut akan didokumenkan dan disampaikan kepada kerajaan sebagai suara generasi baru.
"Penganjur juga telah memilih juri yang berkredibiliti tinggi agar pertandingan mampu menghasilkan debat yang baik,” katanya. — Bernama

Berita diatas diambil bulat-bulat dari kosmo online~Sedihnya tak terpilih wakil UPSI untuk debat ni..sedar kekurangan diri yang masih banyak perlu diperbaiki...Semoga team debat upsi untuk piala perdana menteri ni akan terus mencipta nama dan berjaya!Mampu doakan kalian saja..hu3..

4 comments:

  1. kami menang hari tu, dapat 4 ribu je..ni 25 k..wah memang kaya

    ReplyDelete
  2. Loqman , peluang dah ada. InsyaAllah peluang tu akan datang lg. Jangan mengalah sahabat ! (^_^)

    ReplyDelete
  3. ada hikmah setiap yang terjadi. mungkin rezeki awak lebih lagi lepas nie :-)

    ReplyDelete
  4. -Terus meneroka dan menerobos potensi diri, sahabat! ^^

    ReplyDelete

Ai, takkan tengok je.:)

~TinGgalkan JEjak Anda~