BILA JARI JEMARI BERSUARA~
Fuhhh..makin panas sekarang ni..kalau dulu bila kerajaan kata perlukan ramai guru sains matematik,maka berpusus-pusu orang aply kursus tersebut..tapi kini berlaku lebihan sehingga guru perlu mengajar opsyen yg bukan bidang mereka.Inilah realiti alam pendidikan semasa..Mungkin para mahasiswa/mahaiswi bidang pendidikan harus bersedia dari sekarang..jangan hanya mengharapkan opsyen sahaja tetapi perlu pandai mengambil peluang dengan menambahkan pengetahuan dari semua bidang..senang cerita,bakal guru harus serba boleh!InsyaAllah segala urusan kita akan dipermudahkan...
memetik Berita Harian Online:
Lebihan guru Sains, Matematik
Cikgu kena ajar subjek lain patut diarah didik murid luar bandar
TANJUNG MALIM: Seramai 26,000 guru opsyen Matematik dan Sains terpaksa mengajar pelbagai subjek lain, termasuk Pendidikan Jasmani dan Pengetahuan Agama Islam berikutan lebihan guru di sekolah di seluruh negara.
Menurut sumber, lambakan serius membabitkan 14,000 guru subjek Sains dan 12,000 guru Matematik itu menyebabkan mereka yang diarah mengajar opsyen lain tidak dapat menjayakan tugas dengan penuh semangat.
“Ada antara mereka hilang motivasi diri dan begitu emosi untuk meneruskan kerjaya murni itu. Guru terbabit mengakui, pada peringkat awal bersemangat mendidik pelajar untuk lulus cemerlang Sains dan Matematik. Namun, selepas lima tahun mengajar subjek lain, mereka lemah semangat dan terpaksa melupakan cita-cita untuk bergelar guru Sains dan Matematik berwibawa,” katanya.
Dalam pada itu, Presiden Majlis Permuafakatan Persatuan Ibu Bapa dan Guru Nasional (PIBGN), Prof Madya Datuk Dr Mohamad Ali Hassan, berkata kementerian perlu memanfaatkan lebihan guru itu untuk memperkasakan subjek Sains dan Matematik kepada pelajar luar bandar dan pedalaman dengan menghantar mereka ke sana.
Katanya, ia sejajar Dasar 60:40 2010 iaitu 60 peratus pelajar aliran Sains dan 40 peratus Sastera pada peringkat sekolah dan institusi pengajian tinggi.
Beliau berkata, subjek Sains dan Matematik penting untuk mencapai sasaran negara maju menjelang 2020 kerana ia adalah pemangkin kepada pembangunan sains dan teknologi.
“Kerajaan wajar mengoptimumkan lebihan itu supaya jurang pendidikan pelajar bandar dengan luar bandar dirapatkan. Saya terkejut kerana andaian umum selama ini menyatakan kedua-dua opsyen berkenaan menghadapi masalah kekurangan tenaga pengajar,” katanya.
Seorang pelajar Pendidikan Matematik Fakulti Sains dan Matematik Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Mohd Rafiz Raymond, 20, berkata beliau tidak pernah dimaklumkan mengenai lebihan guru bagi subjek berkenaan.
“Saya terkejut dengan perkembangan itu kerana selama ini kami mendapat maklumat subjek Sains dan Matematik adalah mata pelajaran kritikal yang memerlukan lebih tenaga pengajar,” katanya.
Pelajar Pendidikan Perakaunan, Fakulti Pengurusan dan Ekonomi UPSI, Raindy Andurah, 19, pula berkata beliau memilih matematik sebagai kursus pilihan kerana sepanjang pengetahuannya subjek itu memerlukan lebih ramai guru.
Dalam perkembangan berkaitan, Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa) UPSI, Prof Dr Zakaria Kasa, berkata pihaknya sudah dimaklumkan mengenai lebihan guru untuk dua subjek berkenaan.
Sehubungan itu, katanya UPSI sudah meminta pelajar jurusan itu bertukar opsyen antaranya kepada Sejarah atau Kemahiran Hidup yang memerlukan lebih ramai tenaga pengajar.
“Mungkin pada masa depan mata pelajaran Kemahiran Hidup dipertingkatkan sukatannya dan mempunyai pendidikan reka bentuk kontemporari,” katanya.
InsyaALLAH..ada jalanya....
pss:kalau dah berlaku lebihan..kurangkanlah pengambilan..kesian mereka yg sedang mengikuti kursus ni..hurmmmm....
pss:kalau dah berlaku lebihan..kurangkanlah pengambilan..kesian mereka yg sedang mengikuti kursus ni..hurmmmm....
Fuhh, kecian plak kan boleh jadi macam ni. Ni nak tanya awak belajar kat UPSI kan. Boleh usha2 untuk saya, cuba tanya bila kemasukan/pengambilan Postgraduate coursework. Berminat nak sambung study sementara belum dapat kerja ni.
ReplyDeleteTQ in advance
@miejigsaw owh ..ok nanti saya cuba tanya pihak akademik k..
ReplyDeletesusah gk cmni ek.. kdg2 terpikir.. mane la nk posting nt.. ipg pn ramai, cos u pn ramai.. emm.. ptot la minor sy kne tuka.. dr pend. sivik ke kh.. huhu
ReplyDelete@Diya Edhayaa yup..kena trima pertukaran minor dengan berlapang dada..ada sebba kan..huhu
ReplyDeletecikgu pon sush nak dapat kerja kalau camni.. huhu
ReplyDelete@FaKArePa!n tau takpe..kena ready ngn kija lain jugak..
ReplyDeleteDa tau lebih masih lg nk tawarkn DPLI ngan KPLI.
ReplyDelete@Nurul Faezah tu masalahnya..pelik2
ReplyDeletebnyk lg keje lain selain drpd cikgu....naper nk dok bawah tempurung je?
ReplyDelete@Ayuni kna betulkn mind set..kluar tk semestinya jd cikgu~
ReplyDeletekesiannya diorang =,=
ReplyDeletesekolah saya cikgu math dn sains mmg berlebihan...begitu jugak dgn cikgu KH...
ReplyDeletecikgu2 tersebut terpaksa mengajar BM sekarang nie...
agree!
ReplyDelete