April 21, 2011

SEMAKAN UJIAN MEDSI 2011

BILA JARI JEMARI BERSUARA:
Apa khabar rakan2 semua..sedar tak sedar kita hampir masuk penghujung bulan 4..maksudnya pelajar lepasan matrikulasi,SPM, dan STPM sedang sibuk menguruskan permohonan ke alam universiti pulak..Teringat zaman nak masuk universiti dulu..Harapan tinggi menggunung..Penantian sama ada diterima ke universiti ataupun tidak satu penyeksaan..Ya penantian yang amat menyeksakan...
Coretan kali ini sekadar mahu berkongsi tentang ujian MEDSI..sebab ada beberapa soalan diajukan berkaitan ujian medsi ni..Agar fakta yang diberikan tidak salah..maka mari kita lihat apa yang ditulis di laman web Majlis peperikaan malaysia:


Tujuan MEdSI


Instrumen MEdSI telah dibangunkan untuk mengukur kualiti intrinsik calon guru dari segi Personaliti, Minat Kerjaya, Nilai Integriti dan Kecerdasan Emosi. Maklumat yang diperoleh daripada pengukuran ini digunakan untuk memilih calon guru yang sesuai untuk kemasukan ke program pengajian pendidikan di IPTA.


Maksudnya:Ujian MEDSI ni untuk memilih calon Guru ataupun bakal guru meneruskan pengajian dalam ISMP(IJAZAH SARJANAMUDA PENDIDIKAN) di IPTA.


Format MEdSI


Instrumen MEdSI mengandungi 300 item dalam empat bahagian iaitu Personaliti (110 item), Minat Kerjaya (60 item), Nilai Integriti (70 item) dan Kecerdasan Emosi (60 item).



Pengalaman saya masa menjawab ujian MEDSI dulu...Sejujurnya memang takde masa untuk fikir..bayangkan kena jawab 300 soalan dalam masa 1 jam 10 minit...Jadi ujian ni betul-betul mencabar emosi kita.hanya yang betul-betul layak mampu ke peringkat temuduga...Jadi saya nak kongsi tips-tips dengan sapa-sapa yang memerlukan.Tapi tips ni dari pengalaman saya jawab..semuanya bergantung pada rezeki la!

>Pilihan jawapan YA/TIDAK..WAJAR/TAK WAJAR.Hitamkan semua jawapan..jangan tinggal satu pun!
>Pilih jawapan yang anda rasa betul dengan diri anda..personaliti anda..Jangan tipula..kalau tipu nanti susah nak jawab yang belakang-belakang.sebab ada 5-6 soalan ulang-ulang..
>Jangan tembak..baca semua soalan betul-betul..kalau tembak jawapan anda mesti bercanggah..
>Kalau suka tandakan suka..kalau tak suka tandakan tidak..jujurla!
 semua tips diatas tak penting pon..apa yang penting anda kena YAKIN  masa jawab semua soalan!sekian...

SEMAKAN BIOLEH DIBUAT PADA 22 APRIL 2011

  
SEMOGA BERJAYA KE PERINGKAT TEMUDUGA!

10 comments:

  1. teruja kot dulu mase nak ambik exam medsi.. huahua tapi tak bce ap2 pon sebmemang tak meemrlukan pemikirn tntg mase depan cuma berkaitan dengan diri kita shja medsi nie..lgpon melalui medsi lh mereka mengetahui sama ad kita lyk jadi cikgu @ tak? betol tak abg loq??

    ReplyDelete
  2. @azrinrahim yup..setuju..ayie kalau tak keberatan tolong tambah tips2 medsi..hu2..

    ReplyDelete
  3. my friend ada yang lembut sanggup cover gila2 sebab nak sangat jadi cikgu.minat dia sangat2 nak jadi cikgu,sbg bakal cikgu,apa pandangan awak tentang lelaki lembut didiskriminasi dari jadi seorang guru?

    ReplyDelete
  4. @Rozuan Ismail bagi saya..semua orang ada hak masing-masing untuk jadi apa..sebab semua ada minat masing2..tak salah lelaki lembut mahu jadi guru..cuma kesannya nanti..takut masyarakat akan pandang serong dan diejek oleh pelajar sendiri..
    apa yang penting niat untuk jadi guru..

    ReplyDelete
  5. dah jadi cikgu sok ada plak test SGM:Standarg Guru Malaysia...

    ReplyDelete
  6. Salam...alhamdulillah,saya adalah salah seorang dari yang terpilih untuk exam 30April nanti,cuma nak tanya sikit,susah atau x untuk lepas ke tahap temuduga tu?saya jadi semacam cuak lah pulak,sebab 300soalan tu..jgn memain...hahaha

    ReplyDelete
  7. @ibn habib macamana nak jawab soalan ni ek..hehhe..yang penting buat je dengan sepenuh hati..jujur..dan jangan tingal satu pon...yang lain bergantung pada rezeki k..hu3..good luck

    ReplyDelete
  8. salam.saya takut jgk nk jwb medsi x nie... sbb bila saya jujur pon, still xlepas medsi.dh 2x amik.first time, xjujur ms jwb sbb pk lojik.2nd time, saya jujur tapi still xdpt.saya ada bc buku medsi utk latihan tue tapi ntahlah kenapa saya tgk jwpn die ada sesetgh lojik, sesetgh plak xlojik. xtau dh nk bt mcm mana..tp insyaAllah, i'll try once again.. nway, thx for the tips.. =))

    -anis-

    ReplyDelete
  9. @Anonymous anis...sebenarnya semuanya bergantung pada rezeki..insyaALLAH..kali ketiga ni usaha anis akan berbaloi..jawab ja ikut naluri hati...semoga berjaya~

    ReplyDelete
  10. u r welcome.sy pon harap sgt dpt continue my degree dis time sbb syg nk amik kos laen sbb sy betol2 minat nk smbung my tesl yg sy amik kat unisza once upon time..time kasih lg sekali cikgu akim. =)

    -anis-

    ReplyDelete

Ai, takkan tengok je.:)

~TinGgalkan JEjak Anda~

Lawat Blog mereka juga~