December 20, 2010

Korban nahas bas di Simpang Pulai Meningkat

IPOH: Dua puluh tujuh pelancong Thailand dan seorang rakyat Malaysia terbunuh selepas bas pesiaran yang mereka naiki terbalik ke dalam longkang di Kilometer 15, Jalan Cameron Highlands-Simpang Pulai, jam 11.40 pagi tadi. 

Seramai 22 orang mati di tempat kejadian, empat meninggal dunia dalam perjalanan ke hospital dan dua lagi di Hospital Raja Permaisuri Bainun di sini.

Timbalan Ketua Polis Perak, Datuk Zakaria Yusof memberitahu pemberita di tempat kejadian bahawa bas itu sedang dalam perjalanan turun dari Cameron Highlands ke Kuala Lumpur kerana rombongan pelancong itu dipercayai akan mengambil penerbangan pulang ke Bangkok.

Katanya siasatan awal mendapati pemandu bas itu hilang kawalan dan melanggar pembahagi jalan sebelum bas terbabas ke laluan bertentangan dan terbalik dalam longkang. 

Katanya, polis dan Jabatan Bomba dan Penyelamat yang menerima panggilan pada tengah hari telah mengerakkan 100 anggota penyelamat dalam operasi menyelamat. 

Rakyat tempatan yang terbunuh itu dipercayai pemandu atau pembantu pemandu bas terbabit. 

Menurut sumber Tourism Malaysia pula, seramai 44 pelancong Thai menyertai pakej pelancongan ke Cameron Highlands menggunakan bas dua tingkat milik San Express Holiday dengan nombor pendaftaran AFX 2266 itu yang didaftar di Perak tetapi berpusat di Changloon, Kedah. 

Pengarah Urusan syarikat itu, Sor Eng Hock yang kini berada di Bangkok kerana urusan perniagaan, ketika dihubungi berkata bahawa sebelum ini tidak pernah berlaku kemalangan melibatkan syarikat itu. ~Berita Harian



PSS:Jalan ni aku biasa lalau time nak wat rombongan g cameron dulu~

3 comments:

  1. apakah musibah berkaitan dengan bas ni yek..terlalu banyak dan kerap inciden bas ni..minta Allah lindungi kita semua dari bencana dan musibah..amin

    ReplyDelete
  2. Salam, ujan2 ni tak payahlah naik tanah tinggi, bahaya!

    ReplyDelete

Ai, takkan tengok je.:)

~TinGgalkan JEjak Anda~