December 12, 2010

Info| Daun kapal terbang

Pokok Daun kapal terbang!

Hari ni nak kongsi info sikit..korang pernah tengok tak pokok kat atas tu?Mesti selalu jumpa kan..pokok ni senang tumbuh kat kampung2 dan blakang umah..lau tak percaya jalan2 blakang umah..mesti jumpa..heheh...

Kegunaan(sumber detikdaily):


Tumbuhan ini ialah sejenis tumbuhan beracun.Keracunan pokok ini boleh menyebabkan kerosakan hati terutamanya kepada kanak-kanak. Berhati-hati jika anda menanam pokok ini . Pastikan ia tidak dapat dicapai oleh anak-anak kecil. kegunaan perubatan pokok kapalterbang hanya sekadar untuk kegunaan luaran sahaja.Daun kapalterbang dijadikan ubat luka. Caranya ialah dengan menghancurkan daunnya dah ditampal pada bahagian yang luka itu. Selain daripada itu daun kapalterbang merupakan ubat yang mujarab untuk meredakan kembung perut dan cirit birit pada bayi. caranya daun kapar terbang dan kapur diuparkan (dikisar menggunakan tapak tangan) hingga hancur dan mengeluarkan busa (buih). buih ini kemudiannya disapu pada perut bayi dan dibarut.Kadang-kadang daun sekentut juga diupar bersama dengan daun kapal terbang dan kapur untuk untuk ubat kebung dan cirit birit bayi. 


Ia juga digunakan untuk menghilangkan gatal-gatal pada kulit dengan cara mengisar atau upar daunnya dengan kedua-dua tapak tangan dan disapukan pada bahagian yang berkenaan. 

Selain daripada kegunaan perubatan daun kapal terbang juga boleh digunakan untuk mempercepatkan proses memeram buah-buahan seperti pisang dan cempedak.


Masa kat MRSM Terendak dulu aku buat kajian pasal pokok ni untuk syarat lulus graduasi form 5...Masa tu ahli group aku kery ..dan fadhli..kitorang buat kajian dengan lukakan sikit bahagian ekor 4 ekor tikus bertuah!Mahal k sekor tikus 15 inggit...kemudian sapukan 4 larutan berbeza..iodine..daun kapal terbang.karot dan air biasa ja...selepas 3 hari tikus yang kitorang sapu daun kapal terbang nya larutan sembuh dulu..iodin 4 hari...so memang terbukti la daun ni berkesan untuk merawat luka!

pss:alah mesti korang cakap baek guna plaster ja kan!..boleh ja..

8 comments:

  1. ohh ini daun yang ade bulu-bulu kat belakang die tu ek

    geli tpii boleh buat ubat!

    thanks for the info cikgu lokman !

    ReplyDelete
  2. klau xnk beli ubt luka gne daun nie, ms dip dlu pnh wat eks nie jgk...

    ReplyDelete
  3. wahh..mmg daun ni senang untuk diwat kajian..heheheh

    ReplyDelete
  4. hahaha...ingt,,ko dtg umah aku..sian tikus tu

    man...final year project aku mcm nak buat bendealah ni lah..ko ade lagi x kertas kerja yg kite wat pasal pokok ni???

    ReplyDelete
  5. Assalam..
    MMg byk khasiatnya kan..

    ReplyDelete
  6. just nk tau..pnh x wat kajian any structural dalam daun kapal terbang tu yg ada effect penyembuhan luka..thanks

    ReplyDelete

Ai, takkan tengok je.:)

~TinGgalkan JEjak Anda~

Lawat Blog mereka juga~