December 23, 2010

HEBAT! 30,863 calon PMR dapat semua A

BILA JARI JEMARI BERSUARA!

TERBACA BERITA KOSMO TADI..NAK SHARE NGN SAHABAT BLOGGER~


PUTRAJAYA – Seramai 30,863 daripada 439,456 calon peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR) tahun ini memperoleh semua A, peningkatan 0.65 peratus berbanding 28,188 calon tahun lepas.
Ketua Pengarah Pelajaran, Datuk Abdul Ghafar Mahmud berkata, Gred Purata Nasional (GPN) pada tahun ini adalah 2.74 berbanding 2.78 tahun lalu, menunjukkan peningkatan pencapaian pelajar pada tahun ini.
"Pada keseluruhannya, pencapaian calon PMR tahun 2010 dalam 16 mata pelajaran adalah yang terbaik daripada perbandingan empat tahun,” katanya semasa membentangkan analisis keputusan PMR 2010 di sini hari ini.
Pada tahun ini, calon yang mendapat semua E menurun kepada 386 orang daripada 397 orang tahun lepas.
Abdul Ghafar berkata, bagi calon luar bandar, pencapaian mereka mencatatkan peningkatan daripada segi nilai GPN, pencapaian semua A dan pencapaian melepasi tahap minimum.
Nilai GPN calon luar bandar adalah 2.97 berbanding 2.93, manakala calon bandar mencatat nilai GPN daripada 2.68 kepada 2.65, bermakna jurang pencapaian calon luar bandar dan bandar semakin rapat, katanya. – Bernama

ULASAN:
1)Bila bil straight A's meningkat maka berlaku lebih banyak tumbuk menumbuk persaingan masuk SBP/MRSM
2)Pengambilan pelajar ke sekolaj SMT/SMV ditingkatkan untuk melahirkan tenaga robot mahir negara.Lebih ramai guru KH diperlukan.
3)Pelajar luar bandar dapat menghabiskan duit meningkatkan taraf hidup keluarga melalui pelajaran.Gunakan peluang yg ada sebaik mungkin~

NASIHAT:
1)Kepada yang tak berjaya dapat semua A bukan penamat untuk kehidupan anda..alah rilex arr baru PMR ..Nanti SPM pulun habis-habisan..kalau main gak memang kena terajang rotan..(muka garang)..
2)Buat pilihan tepat nak amek aliran apa nanti k..ada sains/sastera..kalau yg tak minat math..erk drop add math..boleh?!(senang ja add math)..
3)Teruskan berjuang ya adik2!kalau ada pape tak faham boleh tanya saya..mana la tahu boleh tolong kan2..lagipun ramai ja blogger yg tunggu result PMR ..kita kan dah berkenalan~peace..

pss:TIADA KEJAYAAN TANPA PENGORBANAN!
-UNTUK MENCICIP KEMANISAN PERLU BERMULA DENGAN MENGUPAS KEPAHITAN!

15 comments:

  1. teringat time amek result dulu..tucink~

    ReplyDelete
  2. hehe..teringt sangt2 mse ambik result sebbpeg ngn ummie .. sampai nangis..haha mcm budak2 pulak.. thnkx untuk mereka semua .. cousin pon dpt straight A's dan memecahkan rekod ayie..hoho

    ReplyDelete
  3. haha..gempak..dulu takot2 je nak p amek :D

    ReplyDelete
  4. Ayie:hahah..samala..dapat 7A jak..bi B..sedih ja..kui3..

    nad:tau takpe...terktaq2 oo

    ReplyDelete
  5. okaylah tu bro akim..ayie arab dapt B loh..sedih..haha alhamdullah 8A..

    ReplyDelete
  6. @azrinrahimwah..hebat seh!tahniah ayie..kalau dpt A arab konform jdik cikgu bahasa arab ni..hehhe

    ReplyDelete
  7. cikgu arab hermm ..incya-Allah kot..adlh juga basic mase SPM untuk digunakan..hehe rindu nk g bumi anbia mcm students lain .. bila lah UPSI nk bg biasiswa nie..hohoh

    ReplyDelete
  8. dpt result dlm mimpi...alhamdulilah mimpi jd kenyataan

    ReplyDelete
  9. tu die nasihat dari cekgu baekkk punye hehehehe

    ReplyDelete
  10. salam...cikgu,

    syabs kepada yg berjaya...:)

    ReplyDelete
  11. hehe

    spm ade lagi bg yg xberjaya tuh.

    jgn jd cm saye!

    pmr bkn men cemerlang.bile tyme spm..
    tak berapa nk cmrlang dah..

    hehe



    btw..

    sila2 jenguk n mengikut disini ye..


    http://owlkieranaa.blogspot.com/

    tq~

    ReplyDelete
  12. teringin nk kembali zaman spm plak..kui3..

    ReplyDelete

Ai, takkan tengok je.:)

~TinGgalkan JEjak Anda~

Lawat Blog mereka juga~