November 27, 2010

SEMASA| Penipuan terang-terangan!!

Oh tidak!Terbaca petikan Kosmo 27/11..tak sangka mudah sangat masyarakat tertipu ngn benda2 karut ni...
KOTA TINGGI – Malang menimpa dua warga emas apabila objek yang disangka ‘batu geliga delima’ kononnya boleh digunakan untuk menyedut duit yang dibeli dengan harga RM26,000 daripada tiga lelaki berperwatakan alim rupa-rupanya hanyalah sebiji mentol mainan berharga RM1.
Kedua-dua mangsa berusia 71 dan 72 tahun masing-masing mengalami kerugian RM6,000 dan RM20,000 pada 20 dan 22 November lalu selepas mereka terpedaya dengan suspek berusia dalam lingkungan 30-an yang memakai kopiah mengatakan batu tersebut diwarisi daripada datuknya.
Ketua Polis Daerah Kota Tinggi, Supritendan Osman Muhammad Sebot berkata, bagi meyakinkan mangsa, suspek turut melakukan demonstrasi dengan merendamkan ‘batu’ tersebut ke dalam air sebelum ia mengeluarkan cahaya kemerah-merahan.
‘Batu’ tersebut hanyalah merupakan sejenis mentol yang boleh dibeli dengan harga RM1.

PSS:Aduss..baik guna duit tu g Haji pak cik~

2 comments:

  1. aduuh.. Kesian sungguh. Bila perasan tamak dah konker diri, camtu la jadinya..

    *Kalau sedekah kat anak yatim berkali10 ganda baiknya!

    ReplyDelete

Ai, takkan tengok je.:)

~TinGgalkan JEjak Anda~

Lawat Blog mereka juga~