November 28, 2010

Botol plastik membahayakan kesihatan!!

Salam buat blogger2 semua..
Masa cari2 maklumat kat internet tetiba terjumpa artikel mengenai Kesan Penggunaan Botol Plastik Terhadap Kesihatan..Jadi aku nak share juga ngn teman2 blogger..mungkin ada yang terlepas pandang kes2 macam ni..sebab kita sering mengamalkan sesuatu yang pada hakikatnya boleh mendatangkan kemudaratan!


" kajian menunjukkan penggunaan botol dan pembungkus plastik polyvinyl chloride (PVC) berulang kali akan mendedahkan penggunanya terhadap unsur kimia seperti ‘vinyl cloride monomer’ (VCM) dan ‘phthalates’. VCM dikenalpasti mengandungi karsinogen yang boleh menyebabkan barah.

Pensyarah Kesihatan Persekitaran di Jabatan Kesihatan Masyarakat, Fakulti Perubatan, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Prof Dr Jamal Hisham Hashim, berkata botol plastik air mineral atau minuman ringan hanya boleh digunakan semula sekali atau dua sebelum dibuang.

Selain VCM dan phthalates, bekas plastik mengandungi bahan logam berbahaya seperti kadmium yang digunakan sebagai ‘plastisizer’ iaitu untuk meningkatkan kualiti plastik supaya warnanya cerah dan tidak kekuningan biarpun lama digunakan. Penggunaan secara berulang boleh menyebabkan kadmium di dalamnya terhakis dan mencemarkan makanan atau minuman,” katanya"


Keburukkan:
1)Penggunaan botol plastik mengundang bahaya lain seperti jangkitan kuman kerana bakteria boleh membiak berikutan bahan itu sukar dicuci bersih dan melekat daki.!!

2)Botol plastik  boleh digunakan sekali dua saja. Jika dibasuh berulang kali, bahagian dalamnya terhakis dan mengeluarkan bahan kimia yang memudaratkan kesihatan!!

Jadi marilah kita sama2 ambil langkah berjaga2 kalau sayangkan kesihatan!Ingat cegah sebelum parah(^_



pss:Ingat lagi masa zaman skolah dulu..selalu berebut ngn adik aku nak bawak air teh o' suam letak lam botol plastik...fuhh..

5 comments:

  1. huhh....mampos cmni...teh tarik dlm plastik pun bahaya....minum tadah tgn jer la cmni...haha

    kuronofu91.blogspot.com

    ReplyDelete
  2. hahahah..kuronofu guna tempurung ja~

    ReplyDelete
  3. huuu....kembali ke zaman kuno la cmtu...wawasan 2020 x tercapai...

    ReplyDelete
  4. Malaysia kena amalkan penggunaan cawan kertas untuk pembungkusan minuman especially minuman panas, macam negara Eropah demi kesihatan semua.

    ReplyDelete

Ai, takkan tengok je.:)

~TinGgalkan JEjak Anda~

Lawat Blog mereka juga~