Kapal dagang dari seberang,
Sarat muatan kayu jati,
Bukan datang sebarang datang,
Datang membawa hajat di hati..
Bukan datang sebarang datang,
Datang membawa hajat di hati..
"Hembusan bayu di pantai port dickson memberi ketenangan kepadaku..ketenangan yang sukar untuk digambarkan oleh hati kecilku ini..Saat menjejakkan kaki ke Pertandingan ini sudah cukup membuatkan jiwaku bergetar kerana membawa harapan kolej dan warganya..Berpakaian bagaikan laksamana Hang Tuah Zaman kesultanan melayu Melaka dengan bertanjak dan memegang keris membuatku menjadi perhatian seisi dewan..Alangkah berdebarnya hati tatkala menjejakkan kaki ke atas pentas...Namun ku gagahi jua dengan melangkah segak bergaya..Sorakkan dan tepukkan penonton memberi kekuatan kepadaku untuk berjuang dimedan pertandingan Ritma Puisi Matrikulasi.."
Saat Kemenangan~
Terpilih mewakili Kolej Mara Kulim
Tatkala terpilih untuk mewakili Kolej MARA Kulim ke Minggu Inovasi dan Kreativiti Matrikulasi Semalaysia 2009.Perasaanku bercampur baur..Kerana semenjak sekolah menengah lagi aku tidak pernah memenangi sebarang hadiah..Pergi dengan tangan kosong dan pulang membawa hati yang lara.Bukan tidak pernah mewakili sekolah namun cukuplah diertikan sebagai jaguh kampung sahaja.Namun atas semangat yang diberikan jurulatihku Ustaz Iqram aku berjanji pada diriku untuk membawa pulang piala kemenangan!Bagiku saat itulah masa yang perlu aku gunakan sebaik mungkin.Aku perlu yakin akan kemampuan diri sendiri.Kata orang pantang menyerah sebelum berjuang.!
Jeritan di Pantai Port Dickson
Pertandingan tersebut berlangsung di Port Dickson, Negeri Sembilan. Masih ku ingat dua hari sebelum pertandingan aku banyak meluangkan masa dipantai yang cukup memberikan ketenangan jiwa.Di tepian Pantailah yang menjadi tempat aku meluahkan segala isi Puisi yang telah kuhafal.Aku sangat puas dapat berlatih ditepian pantai tanpa meganggu ketenteraman orang lain.Walaupun jeritanku dibawa bayu pantai terbang menerawang sehingga sebati dengan lambungan sang ombak..sesekali sang ketam lari bertempiaran..Sudah cukup membuatkan aku menghayati erti kehidupan dan peluang yang ku perolehi saat itu.Sangkaanku hanya aku seorang sahaja.Rupa-rupanya ramai lagi yang menjadikan pantai tempat berlatih.Tersenyum sendirian.
Hang Tuah Alaf Baru
Di alaf baru ini telah lahir seorang insan kerdil punyai cita-cita tinggi..Semangat Hang Tuah mencengkam naluriku untuk berjuang habis-habisan tatkala memakai sepersalinan baju Seperti Pahlawan Melayu Melaka.Tanjak dan keris menjadi temanku tatkala itu.Hang Tuah alaf baru telah lahir pada malam itu.Malam yang menjadi medan untuk mempamerkan bakat terpendam dalam ritma puisi.Saat giliranku tiba..dengan semangat yang telah terpendam aku bangkit dengan harapan untuk berjuang berhabisan. Dengan iringan lagu Kitaro, aku memulakan langkah puisi dengan yakinnya. Puisiku Bertajuk Citra Cinta Buat Malaysiaku
Kucupan keris tanda perjuangan berakhir
Pada Rangkap terakhir puisi..Aku dengan penuh tatasusila mencabut keris dari sarungnya..Kuangkat keris tersebut lalu dikucup.Kucupan keris itu menandakan muzik ditamatkan dan berakhirlah perjuanganku saat itu.Seisi dewan memberikan tepukan saat aku menghabiskan puisi.Perasaan waktu itu sangat sukar untuk digambarkan.Terasa diri ini dihargai.Tidak sia-sia aku memperuntukkan masa untuk berlatih selama ini.Habis sudah debaran didada..Jika ada rezeki pasti akan menang.Tingkahku.
Melakar sejarah dalam Potret kehidupan
Saat diumumkan pemenang.Aku sama sekali tidak menyangka apa-apa.Kerana semua peserta yang mewakili kolej masing-masing membawa perjuangan yang sama.Tidak semena-mena namaku diumumkan Johan Pertandingan Ritma Puisi Minggu Inovasi Dan Kreativiti Matrikulasi Semalaysia 2009.Aku TERGAMAM..seperti mahu gugur titisan jernih.Tapi naluri lelakiku mampu menahan dari berguguran.Tepukan dan sorakkan rakan-rakan terus menyedarkan aku dari mimpi di siang hari.Saat itu juga aku membuat persembahan di hadapan Vip.Dari lelaki biasa yang tidak pernah memenanagi apa-apa sejak mewakili pertandinagn semasa sekolah menengah kini aku sudah berjaya melakar kenangan terindah.Membawa pulang piala iringan yang sangat bermakna untuk kolej dan piala persendirian.Kerana gambar inilah yang sering menggamit memoriku, maka aku perjuangkan dalam Kontest Picture oF my Life..Gambar yang sangat beerti dalam hidupku.Tambahan pula inilah satu-satunya gambar yang tinggal kerana yang lain terdelete sewaktu virus menyerang laptopku..sangat sadis kan gambar lain hilang..sob3..
Kepada penganjur Kontest ini..Kuucapkan sekalung apresiasi kerana membuatku ringan tulang jari untuk menaip sejarah disebalik gamba yang menggamit memori hidupku.Mungkin kenangan dalam memoriku akan bermain-main tatkala melihat gambar ini.Kepada Teman blogger lain anda dijemput memeriahkan kontest..Memenuhi syarat pertandingan aku tagged kepada tiga orang teman blogger:
1)Cikgu Ain
2)Cikgu Mardhiah
3)Cikgu Iranaz
pss:Secukup rasa dari Catatan Loqman Hakim..sapa nak tengok video boleh klik sini..
Entri yang penuh kata puitis.. memang tidak hairan leh menang pertandingan tu ^_^.. sememangnya amat bermakna.. dan.. anda telah lulus syarat wajib pertandingan.. thanx 4 join.. =)
ReplyDeletethnks aretikz..picture of my life~
ReplyDeletelokman, ak saksi time event tuh.. hoho - ni ayna dak kelas D, volunteer MIKIM
ReplyDeletewaaa..sgt hebat..
ReplyDeleteall the best..
wah3~ tahniah yep! ^_^
ReplyDelete