June 11, 2010

::Memori Pulau Pangkor -Team Building::


Salam semua..Akhirnya sampai jua ku ke kolej..selama 4 hari 3 malam menghabiskan sisa-sisa kenangan di pulau pangkor yang sangat menarik..aku mengikuti Kem Team building untuk memantapkan lagi organisasi kepimpinan kolej kediaman di UPSI..Kolej Aminuddin Baki tercinta..Sungguh banyak perkara yang aku perolehi disana..banyak sehingga tak mampu aku luahkkan dicoretan ini..

Hari pertama menaiki bot menuju ke Teluk Segadas memang enjoy..kami naik bot nelayan..hampir setengah jam baru sampai..Mula-mula menjejakkan kaki ke Teluk segadas hatiku berbunga riang kerana keindahan pantai bersama pepasir yang memutih amat mendamaikan jiwaku..ditambah deruan ombak menghempas pantai dan kicauan beburung membuatkan aku bersyukur dengan alam ciptaan Allah..Kami mendirikan khemah..masa nak buat khemah tu semua berebut-rebut nak dapatkan tapak yang sesuai..group khemah aku sempat dapat tapak depan pantai..sangat best!seterusnya kami dibahagikan group...oleh kerana berada dipulau maka kami namakan Kumpulan Landak Laut..selepas memasak menggunakan kayu api dan solat bermulalah slot pertama iaitu ice breaking...

Sesi pertama ni agak mengejutkan sebab kami datang lambat..sepatutnya pukul 9..sebab semua datang lambat kami didenda merangkak kearah ombak dan berendam lam laut sehingga nampak kepala je tau..memang masin giler air laut tu..ntah berapa gelen aku tertelan..hahha..tatkala ombak menghempas badan kami terlambung..huh..sabar jela..bila da naik kena guling2 atas pasir..memang jadi goreng pisang la..lepas tu dalam masa satu minit kena cari group yang paling banyak pasir kat baju..dan setiap ahli perlu menyatakan apakah makna pasir dibadan..macam2 jawapan..ada cakap lambang kebaikan..keburukan..harapan ibu bapa dan sebagainya..bagi aku pasir tu adalah kelebihan aku..sebab aku dapat rasa guling atas pasir berbanding orng lain yang tak pernah jejak teluk tu....betul tak..lantaklah jawapan aku kan2..hi2..

Hari kedua..lepas masak menu utama ikan sardin kami makan dengan roti..badan aku da bau sadin n asap da..ha2..kami teruskan aktiviti dengan membina pulau impian...bina pulau guna pasir dan barang2 terbuang..malang btoi group aku..bila da siap pulau tu air pasang..ombak makin kuat dan hampir robohkan pulau kami..nasib baik sempat wat benteng..huh..Aktiviti seterusnya makin mencabar..kami kena tempuhi halangan yang disediakan..paling teruk kena lepasi air kotor(bekas mandi)..busuk giler badan aku..pastu kena lepasi sarang labah-labah setiap orang tak boleh masuk lubang yang sama..dan akhirnya kena bergayut menyeberangi pasir..Malam pula aktiviti burung hantu,,fuhh,,takut siot,,kena tinggal sorang-sorang lam hutan..aku ingat ag..lepas je aku kena tinggal terus tutup mata tido..sampailah ada orang datang kutip balik..hahhah...

Hari ketiga, sangat menarik..kami kena selesaikan task explorace ..bermula meredah hutan dan mendaki bukit sambil mengumpul 5 helai daun barulah kami sampai ke pekan pangkor..seronok tengok tempat orang..rumah-rumah dan kedai dibina sepanjang persisiran laut..aktiviti utama ialah menagkap ikan dan menjual hasil laut..banyak kedai cenderamata...ok berbalik pada explorace..task pertama ialah mendapatkan maklumat dikota belanda..lepas tu kami kena selesaikan task kedua mencari kedai makan pak cik Hassan..masa tu aku terbayangkan dapat makan makanan spesial rupa-rupanya setelah berjalan 2 km kami dihidangkan satu jag besar teh o panas.arghhhhhhh..panas hati..sob3..nak tak nak kena habiskan dalam kumpulan..macam2 cara kami wat nak suh sejuk..alhamdulillah tertumpah..jadi cepat habislah..hhahaha..


Task ketiga kena cari kedai Kai Hai Chuan(KHC)..Cari punya cari jumpa gak..jeng2..sebab da nama kilang pengeluaran ikan bilis maka kami dikehendaki mengupas ikan bilis sebanyak 1 kg..sambil kupas sambil makan la..hahha..bila da selesai kami dapat task yang ke empat..kali ni mencabar..sebab klu nya hanya nombor..tapi nasib baik ada yang pakar..maka kami tukarkan dalam bentuk perkataan bomba...cepat2 menuju ke balai bomba..kat balai bomba kena cuci 5 bijik motor dan kutip sampah..huh...sengaja nak kenakan kami la...hi3..waktu malam sepatutnya ada aktiviti night walk..tapi sebab hujan.. maka ditukar menerjah ke alam fantasi(tidooo)..sangat best..sejukkk..grrrrrrrrrrrrr...

Akhirnya tibalah hari terakhir ..sayang nak tinggalkan..banyak pengalaman aku perolehi..masa sesi penutupan.. kumpulan aku iaitu Landak Laut dinobatkan sebagai kumpulan paling Ceria..huahahhaha..nak gelak pon ada..sebab aku rasa group aku tak ceria pon..hahhah..akhirnya kami bertolak pulang ke kolej..semoga melalui kem ni kami dpat bersatu menerajui kepimpinan kolej...InsyaAllah..


::permandangan Pulau Pangkor yang indah dan mendamaikan::

::masa menunggu kapal nelayan sampai::



::proses turunkan barang2 yang banyak giler..hi3::

::sempat pose masa sampai kat teluk Segadas::

::nilah khemah aku tidor..sangat selesa sebab luas kat dalam::



::perjalanan balik ke kolej..bertolak ke jeti::



::selamat tinggal pulau pangkor::




1 comment:

Ai, takkan tengok je.:)

~TinGgalkan JEjak Anda~