Saat aku menulis entry ini..mindaku ligat terkenangkan peristiwa setiap kali menyambut hari guru..banyak peristiwa yang berlaku semasa menyambut hari guru..Teringat lagi waktu zaman persekolahan dulu..setiap kali sambutan hari guru mesti aku dan adik2 ku berusaha untuk membeli hadiah kepada guru-guru yang telah mendidik kami...Oleh kerana kami tidak mampu membeli hadiah yg mahal-mahal cukuplah membuat kad ucapan sendiri dan hadiah yg selalu aku beri ialah sabun FRUITALE(sebab murah..hahah)..sebab masa sekolah rendah kawan2 semua berebut-rebut nak bg hadiah kat cikgu,,malu la aku tak bg apa-apa...
Semasa sekolah menegah pula..aku dilantik sebagai pengawas...jadi aku terlibat untuk menguruskan hari guru di sekolah..perasaan malu tak bg hadiah kat cikgu da makin hilang..sebab masa tu setiap pengawas kena sampaikan hadiah pihak sekolah kepada cikgu..hi3..bagi yg tu jela..tapi ada la jugak buat kad ucapan seniri..
Bila da masuk menengah ats..aku jadik Badan perwakilan pelajar di MRSM..masa tingkatan 4 buat pertama kalinya aku dan perwakilan pelajar perlu menguruskan sambutan hari guru sepenuhnya...macam-macam program yang kami rancang..tapi peristiwa yang aku tak dapat lupakan ialah semasa di tingkatan 4 aku telah dimarahi oleh seorang guru kerana tidak set masa untuk persembahan semasa sambutan hari guru..bila tak set masa faham2 la kan..lama giler , mula pukui 8 habis kui 1 tngahari..majlis paling lama kot..hi3..mintak maaf cikgu...Tapi waktu kena marah tu aku rasa mcm kecewa sangat..sampai aku tak boleh tengok muka cikgu tu dah..yela bayangkan untuk uruskan program tu kami perlu korbankan masa dan tenaga..kami buat macam2 angkat meja..hias dewan..dan sebagainya..bila program da abis kena marah..sapa yag tak kecewa..sekurang-kurangya ucaplah terima kasih kan..Tapi keesokan harinya aku dipanggil oleh cikgu tu..dia mintak maaf ..sebab semalam tak sempat ucapkan terima kasih..waktu tu baru hatiku sejuk kembali...Masa kat matrix takde sambutan hari guru..sebab bulan lima tu da habis matrix..
Masa terus berlalu..dan kini aku sedang mendaki liku-liku prjalanan untuk mengenggam segulung ijazah pendidikan...Semuanya bagaikan mimpi..Aku pernah menjadi pelajar..pernah menguruskan hari guru..dan menunggu saat2 untuk bergelar pendidik...insyaALLAH..Tanpa guru siapalah kita..kepada semua guru-guru yang pernah ataupun tidak pernah mengajarku,SELAMAT HARI GURU~jasa kalian tak terbalas..terima kasih cikgu~
::ku dedikasikan kad ini buat semua pendidik dan bakal pendidik::
pss:nanti jangan bagi cikgu sabun FRUITALE k..hahhaha
yang penting ada orng bagi..trima je kan2..hi3
ReplyDelete