October 2, 2013

Oktober

Sedar tak sedar dah dekat 3 bulan lepas habis degree aku start tanam anggur kat rumah aka menganggur....Berat badan pon naik beberapa kilo ..haha..3 bulan tu macam-macam yang berlaku dan yang paling sedih niat nak sambung belajar bulan 9 terpaksa dibatalkan sebab aku ada ikatan dnegan penaja masa degree dulu....baru rasa seksanya satu penantian untuk dapatkan surat pelepasan. Tiga orang kawan dah selamat meneruskan perjuangan di UK, kepada marwan, rauf dan haris aku doakan semoga urusan kalian di sana dipermudahkan.
Oleh kerana penatnya satu penantian, aku ambil keputusan lupakan dulu hasrat tu, aku pon kena build up balik keyakinan diri dan teruskan hidup ikut jalan yang sudah direncanakan oleh yang Maha ESA.Jadinya, untuk melupakan benda yang mengecewakan tu, aku teruskan hidup dengan sibukkan diri, masa ni tak fikir apa-apa selain untuk memajukan diri kerana sedar diri banyak kekurangan.

Langkah pertama untuk sibukkan diri, carik kerja!! Allhamdulillah daripada 5 tempat yang aku hantar permohonan, 2 berjaya dipanggil interview dan dapat kedua-duanya, tapi terpaksa tolak salah satu dek kerana beberapa faktor. 

Semalam bermulalah status aku sebagai pekerja dan secara automatik gugurlah status penganggur....yezzaa....Mulai oktober aku bekerja sebagai CC0 ataupun customer care officer kat  telecommunication company. Okehla sebab da ada kerja daripada tak wat pape kan..hahha....dengar cerita bulan oktober ni juga akan dikeluarkan senarai graduan terpilih untuk interview sebagai guru DG41. Sambil-sambil kerja bolehla aku tunggu nama dipanggil untuk interview andai sudah tertulis rezeki untukku.

Dalam hidup ni tak semua yang kita impikan akan tercapai, tapii selagi kita usaha, selagi tu ALLAH akan janjikan yang terbaik untuk kita, percaturan hidup kita sudah ditetapkan, walau terkadang rasa putus asa, cepat-cepat muhasabah diri dan bina balik keyakinan diri tu, setiap yang berlaku pasti ada HIKMAH.


>>>
ucapkan Allhamdulillah saat susah mahupun senang=)


7 comments:

  1. sabar menunggu..insyallah ada rezeki tu nanti...moga dipermudahkan segala urusan.

    ReplyDelete
  2. semoga dipermudahkan IV dg41 nnt. sy pon da nk hbs bljr n get ready utk iv dg41. mcm neves lak, hehe ;')

    ReplyDelete
  3. dlm hidup smuer ade dugaan.sabar yer.

    ReplyDelete
  4. Selamat berjaya loqman. :)

    -eqbalzack-

    ReplyDelete
  5. salam ch hakim...anyway sama la kiter,..tp den baru je nk grad 26hb ni kat upm...ade jg dengar this 0ktober ade intrview...cuma biasa yang terpilih n yang dpli didahulukan...ape2 pun mudah2 han ade le rezeki...keje telekomunikasi mana??dz zain keje la juga kat kL nie :)

    ReplyDelete
  6. @dz zain yup..harap2 kita semua dapat posting awal ...all da best zain!

    ReplyDelete

Ai, takkan tengok je.:)

~TinGgalkan JEjak Anda~