July 23, 2014

Indahnya salji di snowy mountain!

Selamat bersua kembali para blogger sekalian,
kesibukkan disini membataskan untuk membuat entry..*alasan*..haha..Tapi takper yang penting stok gambar sangat banyak..Kali ni nak berkongsi pengalaman winter trip yang memberi seribu satu kenangan baru.. Kali ni aku beruntung sebab ada juga geng nak berjalan masa winter..maklumla cuti sem kali ni jatuh dalam bulan puasa dan ramai juga yang pulang ke Malaysia.

Sebenarnya last minute ja plan nak bawak kereta ke snowy mountain, maklumlah masing-masing belum ada pengalaman bawa kereta kat Australia ni. Jadi,master plan Afiq cadangkan sewa kereta yang dipanggil campervan..wohoo..kali pertama tengok gamba dan fungsi-fungsi campervan ni kami da tertarik..Memang serba lengkap, tak perlu sewa penginapan sebab kerusi belakang boleh diubah menjadi katil dan lengkap dengan peti ais, dapur masak, peralatan memasak, pinggan, cawan dan bantal..

Complete set campervan! 

 Kami memulakan perjalanan daripada Sydney ke Canberra... Di Canberra tido kat ruang parking perkarangan masjid Abu Bakar.. Sempat iftar di masjid tu..keesokkan harinya baru akan meredah laluan ke perisher.

 
Hari berikutnya bermulalah perjalanan meredah kawasan snowy mountain. tempat pertama yang dituju ialah perisher valley yang terkenal dengan kawasan salji untuk meluncur...Sepanjang perjalanan boleh nampak salji yang sudah melitupi permukaan bumi..Kali pertama nampak putih dari kejauhan hati dah semakin teruja.

yohooo!! mula2 jejak kaki atas salji terus kebas kaki..lepas da lama skit baru da boleh biasakan..cer letak tangan lam peti ais..haha...oh lupa..perkenalkan geng trip kali ni kushaireez , huzaifah dan Mr driver Afiq yang tiada dalam gambar..pss: muka aku pon da kebas2

pose kejap sebelum meluncur...


oh yeahhhh...set ski yang kami sewa di cooma.. Harga boleh tahan 38 Aud untuk satu set..Kena pulang balik peralatan sebelum pkul 7 malam. selain tu ada juga sewa Tabbogan ..ala2 upih kelapa..haha..

nampak tak manusia yang sedang asyik bermain salji..macam2 adengan ada

tak nak kalah, haa ni lah tabbongan..senang ja main..carik tempat yang tinggi skit..duduk atas benda alah tu..lepastu weeeeeeeeeheeee.....

 

orait..huzaifah yang expert main ski ni..baru satu hari da boleh wat macam2 skill..haha..

bersama master plan trip kali ni! owhoo..sampai gak kita kat sni kan!

Hari keduanya kami bermalam di Ngarigo camping area..masa nilah bermulanya adengan sesat dan sesat..hahahha...Tapi akhirnya jumpa juga..sempat masak untuk berbuka dan sahur..oh sebenarnya dah msak dri sydney lagi..letak dalam peti ais campervan then panaskan ja..senang!

yeahh model malam tu...tempat duduk belakang dah bertukar jadi katil...pss: bawa selimut ammar sekali..


morning! muka masing2 baru bangun tido...Harini akan pusing  kosciuszko national park untuk sampai ke destinasi seterusnya iaitu selwyn snow fields.

masa dalam perjalanan salji turun..!


yohoo...feeling ala-ala drama salji2 tu..hahah

nampak tak!..kena meniarap bagai untuk pasang snow chain..maklumla nak kuatkan cengkaman tayar tu tak nak bagi tertimbus dek salji yang tebal atas jalan..


 **********sesat**************sesat***************


kami da terlepas simpang dan sesat kat towong..last sekali sampai kat jambatan ni..nampak signboard..sempadan Victoria da! wohoooo..kalau terus lagi mau smapai melbourne ni..Then patah balik..isi minyak..dan pak cik stesen minyak bagi peta...jom teruskan perjalnan...





sepanjang dalam taman negara kosciuszko national park..memang sangat mencabar..tapi terlena jap dalam keindahan elemen alam tu! scenic view....

hoho...da nak dekat sbb nampak salji atas jalan tu...pss: gigih tengok peta..

 air pun da beku...kami makin hampir ke destinasi


Finally!! selwyn snow fields..nampak signboard tu terus tarik nafas legaa....Ya ALLAH sini sangat cantik..tak dapat nak gambarkan camna...


 do you want to built snow man?! terjumpa snowgirl ni kat tengah2 laluan..sempat kami tutupkan yang sensor..hahah...
sini sesuai main tabbogan ..ramai jugak budak2 kecil tunjuk skill masing2..agaknya setiap tahun mak ayah dorang bawak datang sini.

pegang salji puas-puas...nak balik da..hari pun nak gelap da...




Dan tamatlah pengalaman trip winter kali ni....sangat best sebab first time dalam hidup merasa main ski, tabbogan dan menghayati keindahan salji ..sojukk tu takyah cakapla..pengalaman tu penting..trip kali ni diberi nama "winter trip with campervan from sydney to snowy! A moment to remember!!!

pss: best kan jalan jauh tapi jadi co driver ja..hahahhahahahha...

Next: kegigihan menghabiskan sisa-sisa cuti di gold coast time puasa..haha..nantikan..

4 comments:

  1. wow seronoknya dpt main ski.selamat berpuasa.have fun and take care")

    ReplyDelete
  2. aah..sangatt enjoy..tqqq..selamat berpuasa n selamat hari raya..hehe

    ReplyDelete
  3. seronok nampak... semoga dapat dijadikan pengalaman yang bermakna

    ReplyDelete
  4. @Zairi.MY Allhamdulillah dapat merasa sndiri penglaman tu..tqqqqqqq...

    ReplyDelete

Ai, takkan tengok je.:)

~TinGgalkan JEjak Anda~

Lawat Blog mereka juga~