January 22, 2014

EDISI PENDIDIKAN| PERMOHONAN UPU SESI KEMASUKKAN 2014

Assalamualaikum dan salam sejahtera..
Seperti biasa, UPU telah membuka permohonan bagi sesi kemasukkan 2014 untuk pelajar SPM 2013 dan juga pelajar STPM dan setaraf.

Permohonan boleh dibuat dengan melayari laman web UPU ..Untuk memudahkan pembaca blog ini, disertakan link terus ke permohonan 






utuk adik-adik lepasan SPM 2013 bolehlah melihat syarat-syarat khas program sebelum membuat permohonan..Hal ini penting kerana jika anda membuat permohonan untuk mengikuti sesuatu program tetapi tidak menepati syarat khas, kemungkinan besar anda akan "DILELONG" (mendapat program yang bukan pilihan anda)..oleh itu dinasihatkan untuk membuat pilihan program berdasarkan kelayakan dan minat masing-masing.

Halatuju pelajar LEPASAN SPM:

Berikut merupakan contoh saluran utama yang boleh di pilih oleh pelajar lepasan SPM sebelum menyambung peringkat Ijazah pertama.Berikut diringkaskan maksud-maksud program untuk memudahkan pemahaman adik-adik.


1)Asasi- program asasi merupakan program persediaan yang ditawarkan di universiti. Jangkamasa adalah setahun (ataupun tertakluk pada universiti masing-masing). Namun untuk memasuki program asasi perlukan result yang cemerlang k! Cth: asasi pintar UKM, asasi sains pertanian UPM, asasi sains UM , asasi kejuruteraan UITM dan sebagainya. 

2)Matrikulasi- Program matrikulasi lebih kurang macam asasi, tapi bezanya tempat belajar bukan di bawah universiti tersebut. Ada 3 aliran: sains/perakaunan/teknikal... pelajar ditawarkan samada matrikulasi satu tahun atau matrikulasi 2 tahun mengikut result spm. Cth : Matrikulasi Melaka, Johor, Kolej Mara Kulim. Boleh rujuk laman web matrikulasi untuk maklumat lanjut.

3)Diploma- Bagi pelajar yang ingin terus membina laluan kerjaya boleh terus ke program diploma. Melalui program diploma pelajar akan lebih tahu hala tuju selepas SPM. Jangkamasa program diploma adalah bergantung pada program yang ditawarkan samada 2 tahun atau 3 tahun.Program diploma memberikan laluan mudah untuk pelajar menyambung ijazah pertama dalam bidang yang diminati kerana sudah mempunyai basic yang kukuh. Namun perlu skor masa diploma ya!

4) Pra-U/STPM- Program persediaan sebelum pelajar sambung peringkat Ijazah Pertama. Program pra U ini dijalankan di sekolah-sekolah terpilih yang menawarkan Tingkatan 6. Jangkamasa adalah 1 tahun 5 bulan.

5) Sijil- Peringkat sijil adalah khas untuk pelajar yang minat bidang kemahiran tetapi tidak ditawarkan diploma. Boleh menyambung peringkat sijil sebelum memasuki program diploma berkaitan. 


*****istilah di atas sekadar ringkasan ..Untuk maklumat lanjut dan tepat sila rujuk laman web berkaitan **************


Dinasihatkan pelajar untuk memilih haluan yang betul berdasarkan kelayakkan dan minat masing-masing..Jangan berhenti berusaha jika belum terpilih mengikuti program yang diminati kerana masih ada masa dan peluang untuk anda. Teruskan berusaha!

SELAMAT MAJU JAYA

2 comments:

  1. salam.. tq bang atas info.. kalau sy nk smbung master kt university of sedney cmne ye. tau x prosedur dia

    ReplyDelete
  2. @Anonymous oh yg sambung master nantikan entry akan datang ya...sabauuu..hahahah..yg ni bg untuk lepasan SPm DLU...peacee **

    ReplyDelete

Ai, takkan tengok je.:)

~TinGgalkan JEjak Anda~

Lawat Blog mereka juga~