September 1, 2013

selamat memasuki alam universiti!

Entry ni khas untuk semua pelajar yang akan mendaftar sepanjang minggu ni di seluruh universiti. Selamat memasuki alam universiti dan bergelar mahasiswa/mahasiswi ! Kalau pelajar lepasan diploma dan akan memulakan sesi ijazah mungkin tiada masalah kerana sudah biasa dengan persekitaran universiti, namun mungkin pelajar lepasan matrikulasi/stpm memerlukan sedikit masa untuk menyesusaikan diri. Jangan risau, mula-mula memang tak biasa lama kelamaan ok jer...

Teringat kembali kisah 4 tahun lepas.Masa tu pelajar baru mendaftar bulan jun untuk lepasan matrikulasi/stpm dan setaraf. Aku pon termasuk jugak dalam batch intake 2009/2010 di Universiti Pendidikan Sultan Idris, tanjung malim dalam jurusan pendidikan. Berkobar-kobar nak g daftar masa tu.Yang paling takleh blah time sepanjang minggu orientasi:

cikgu, sila beratur berdua-dua
cikgu ambil makanan disini
cikgu sila masuk segera
cikgu kemaskan tali leher
cikgu jangan lupa hantar x-ray

wuarghhhhhhhhhhhhh...panggilan cikgu tu wat rasa janggal ja..hahhaha...Masa orientasi tu pon da rasa kekok, tapi seminggu lepas orientasi tu da biasakan da..sbb kalau g library pon mesti mak cik guard akan cakap benda sama..cikgu sila tunjuk beg.mak cik kanteen pon sama..cikgu beli apa...hahhaa..so lama da biasa da...

Next, bila minggu orientasi settle dengan jayanya..bermulalah peristiwa"lost and found"..kah2..ni istilah yg aku guna..well tersesat dewan kuliah untuk minggu pertama tu sangatlah biasa. Yang masuk mengejut dewan kuliah orang lain pon takyah nak kata apa..minggu pertama kuliah mmg peristiwa camni akan berlaku untuk student-student baru..Hahha..aku bukan setakat minggu pertama nak dekat sebulan jugak la tak ingt tempat....kehulur-kehilir mencari dewan kuliah dengan bawak slip pendaftaran kursus..sebab dalam tu ada tulis nama dewan kuliah...bila da jumpa dewan kuliah rasa happy giler..hahahha...sem 1 sangat!

Antara banyak-banyak kenangan takleh lupa masa sem 1, ialah jumpa kengkawan baru...cam aku start masuk kolej kediaman kat UPSI da start jumpa kawan-kawan baru, masuk kuliah jumpa kawan baru,pergi mana-mana mesti ada kawan baru.And sampailah dah sem 8, bila terjumpa balik mesti teringat muka dia time sem 1, kah3....dalam hati jerla gelak.Tapi kat UPSI aku paling rapat dengan housemate dan jugak coursemate serta JMK KAB,sbb g mana2 asyik jumpa dorang jer, mana tak rapat..hahha...

Adeh, kalau nak cerita semua yg terjadik time sem 1 dulu memang 10 hari sploh malam takkan habis..Yang penting semua da berjaya tamatkan pengajian dengan jayanya.Cam batch aku tunggu konvo ja..Tak lama ag in sya ALLAH konvo...

so, nasihat kepada mahasiswa/i baru, gunakan peluang belajar di universiti sebagai batu locatan untuk berjaya. Ambil peluang banyak-banyak kat universiti, sbb kat universiti sangatlah banyak program dan persatuan yang boleh join.Best sangat, macam aku sendiri yang paling best, dapat pergi baktisiswa n kenal tempat orang.Semua tu akan mematangkan kita selain dari masuk kelas belajar ja..Lagi satu, jaga hubungan dengan orang-orang sekeliling, sbb percayalah, kalau harini kita wat jahat ngn orang, esok-esok ALLAH balas free2 ja..betul nih, buang sikap hasad dengki, menipu, ego dan jadilah orang yg mudah didampingi dan menjadi rujukan orang lain..Hormat menghormati tu penting, sbb nak duduk lama kan..so enjoy!


All the best!



4 comments:

  1. Yepp! Sem 1 paling banyak kenangan. Sebab masa tu duk skema lagi :D

    ReplyDelete
  2. @Fatin Rahmat hahhaha..betulllll..skemaaa giler dulu..hahhhaha

    ReplyDelete
  3. Dah lama rasanya pelajar U bercuti. September bermula sibuk di U. Bersedia dengan assignment etc...Selamat berjaya semua.

    -eqbalzack-

    ReplyDelete
  4. yup.betul tu abg eq..yg da bercuti lama tu pon amek masa nak bukak buku balik..hahhahaha.....

    ReplyDelete

Ai, takkan tengok je.:)

~TinGgalkan JEjak Anda~

Lawat Blog mereka juga~