July 11, 2013

SEMAKAN KEPUTUSAN PERMOHONAN KEMASUKKAN KE IPTA PROGRAM PENGAJIAN IJAZAH PERTAMA BAGI LEPASAN STPM/ SETARAF TAHUN 2013

Nampaknya pelajar lepasan STPM/SETARAF  sudah tidak sabar untuk mengetahui keputusan permohonan UPU. Memang tak dinafikan keputusan kemasukkan IPTA adalah sesuatu yang amat dinantikan oleh pelajar mahupun ibu bapa. Masing-masing berharap agar mendapat tempat di IPTA dalam bidang yang dipohon. Sangat mendebarkan dan menjadi tanda tanya!

Namun segala-galanya bakal terjawab pada 11Julai 2013 dijangka 12 tengahari. Dengan lafaz bismillah sila klik link dibawah =)


Tahniah dan syabas diucapkan pada yang berjaya! Walau apa pun keputusannya terimalah dengan hati yang terbuka. Ingat rezeki anda ada dimana-mana. Walaupun mendapat kursus yang bukan pilihan anda, jangan cepat menyerah, cuba selidik kembali halatuju kursus yang ditawarkan dan peluang kerjaya. Jika anda memang tidak meminati kursus tersebut walaupun sudah cuba memujuk hati..USAH RISAU...Boleh sertai rakan-rakan yang tidak berjaya untuk terus berjuang memilih kursus yang anda minati...

Jawapannya:

1) Memohon IPTS
-Sedar tak sedar sebenarnya banyak IPTS yang menawarkan kursus-kursus seperti di IPTA.Sebagai contoh, mungkin syarat di IPTA memerlukan 4.00 untuk masuk dalam bidang perubatan. Namun di IPTS pointer 3.5 anda sudah boleh memohon untuk bidang perubatan. Apa yang penting belajar dan terus belajar. 

IPTS MAHAL???
-YA! SANGAT MAHAL....yuran IPTS SANGAT MAHAL BERBANDING IPTA. Namun percayalah, banyak IPTS yang menawarkan pinjaman MARA. Apabila tamat belajar kelak, anda hanya perlu membayar baki hutang setelah mendapat diskaun daripada MARA berdasarkan pointer anda!!
> Ramai kawan-kawan saya yang mengikuti pengajian di IPTS yang menawarkan pinjaman MARA seperti UNIKL dan MSU. Malah abang saya sendiri memilih MSU walaupun mendapat tawaran IPTA setelah tamat matrikulasi. Setelah habis belajar total pinjaman dengan MARA sebanyak RM 80,000 bagi ijazah sarjana muda biomedik dengan kepujian. Namun setelah diskaun , abang saya hanya perlu membayar RM8000 (10 % daripada jumlah pinjaman). Jika di IPTA, pointer anda tidak mencapai first class, anda perlu membayar jumlah pinjaman pengajian tanpa diskaun. *TAPI USAHALAH UNTUK DAPAT FIRST CLASS (^_

2) Memohon IPTA ambilan kedua.
>Terdapat IPTA yang membuka permohonan 2 kali setahun bagi program ijazah sarjana muda. Setakat yang saya tahu antara IPTA yang membuka permohonan ambilan kedua ialah UPSI-UITM-UNIMAS . Untuk ambilan kedua biasanya intake february. Rajin-rajinkan diri untuk search bila tarikh permohonan. Ambilan kedua adalah diuruskan oleh pihak universiti sendiri. Mungkin lebih membuka peluang untuk anda. Beza satu semester sahaja dengan rakan-rakan yang telah memasuki intake september.

Ini hanyalah sekadar perkongsian, terpulang kepada adik-adik sendiri. Semuanya bergantung pada rezeki yang telah ditetapkan. Apa yang penting usaha-doa dan tawakal. Mungkin kita rasa orang lain lebih cemerlang pada kita kerana dia mendapat tawaran yang lebih baik. Namun, percayalah setiap manusia punyai potensi diri untuk cemerlang, tidak kira di mana kamu berada dan apa yang kamu lakukan, semua bergantung pada diri sendiri!

KEEP FIGHTING !!



22 comments:

  1. tahniah kpd mereka yg bertuah layak dan diterima masuk ke ipta.

    ReplyDelete
  2. salam...untuk second intake uitm,upsi dan unimas je ke yg ada?u lain x ambil second intake ke?

    ReplyDelete
  3. Hanis: uni lain saya tak berapa pasti...nanti boleh rujuk laman web upu dari semasa ke semasa..kalau ada apa2 saya update...

    ReplyDelete
  4. salam.untuk mara kalau kita dapat 3.00 kita kna byr pnuh jga ke mcm mna?

    ReplyDelete
  5. azmer: kalau pinjaman MARA dapat 3.00 ada diskaun..jgn risau..sbb abg saya pon dapat 3.2++ ...kena bayar 10% ja dri jumlah keseluruhan pinjaman...boleh rujuk pihak MARA untuk kepastian

    ReplyDelete
  6. am 194: apa2 hal kena tahu minat am dulu n bape pointer matrik tu..bg sy, kalau am da masuk matrik so result spm takdelah teruk mana..saya tahu sbb saya ex matrik..hehhe..so cadangan saya, kalau boeh takpayah la bazir masa amek diploma sbb da ada matrik kan...gunakan resut matrik tu ntuk sambung degree kat ipts yg ada pinjaman MARA...contohnya apply balik msu (amek degree) or pilih la unik tu sbb degree da kan..but, semua bergantung pada minat...

    ReplyDelete
  7. salam...
    antara kpj dgn msu mne lbh baik kalau nak amik dip farmasi?...
    blh bg cdgn tak?...

    ReplyDelete
  8. @Anonymous 2-2 bagus sbb diploma farmasi..hehe..saya takboleh nk cakap mana bgus sbb dua-dua saya tak pernah blaja...Tapi cadangan saya..sebelum wat pilihan, tgok samada kursus dip farmasi tu diiktiraf oleh MQA atau tidak..then cuba carik group kat fb n tnya senior2 punya pendapat...all da best!

    ReplyDelete
  9. selalunye course ape yg ditawarkan di uitm untuk secnd intake? ukm xd scnd intake ke? :)

    ReplyDelete
  10. najwa:untuk sambung degree ke dipoma??? uitm bukak bnyak kos ntuk scnd intake..boleh rujuk laman web uitm dari semasa ke semasa..yg penting masa apply tu pastikan memenuhi syarat kelayakan baru peuang cerah skit nk dapat...emm..UKM tak pasti ada ke tak scnd intake..takpe nanti saya cuba carik n update ya,,,

    ReplyDelete
  11. as'salam. biasanya ada tak course second intake untuk bahagian kejuruteraan mekanikal or lain-lain masa second intake nanti?

    ReplyDelete
    Replies
    1. dalam bidang saujana muda n bila ya biasanya intake dia?

      Delete
  12. salam tdi ada baca cerita yang mara tak bagi diskaun.. betul ke???

    ReplyDelete
  13. Hi..sy lepasan matrik tp 2 pon bbrape thun lpas..sy jgk pnh dpt tawaran msok u tp xdpt abiskn sbb ad mslh sana sini so kecundang di tgh jln..thun ni sy mhon lg tp xdpt,mhon rayuan pon xdpt jgk..agk2 klo sy mhon 2nd intake peluang kedua tok sy msok u cerah ke?klo mcm malap2 je sy igt nk trus move on crik kje ttp o kawen je sng..hee..so pls i need ur opinion..thx

    ReplyDelete
  14. sorry baru baca comment-
    1)taufiq- secod intake nanti ntuk kejuruteraan tuu ada..sbb uitm ada second intake

    2)zana- cuba dulu scond intake..sbb persaingan takdeklah sehebat first intake..hahha..bagus gak kawen terus snng..sambil tuu apply secnd intake..hahha

    ReplyDelete
  15. So klo tok pengambilan 2nd intake,kos ape yg abg rse xbyk saingan dan senang nk dpt?recommend sket

    ReplyDelete
  16. sy pelajar sem 1 kat ums tp x minat dgn kos sy tu.. adakah sy masih layak utk memohon second intake upsi? sbb minat jadi cikgu .. ^^

    ReplyDelete
  17. Salam, sy nak tny sy pelajar sem akhir politeknik kos perakaunan. Nk apply UPSI ni nti boleh x trasfer credit? Boleh awk email sy - nazatul.filzah@yahoo.com terima kasih :)

    ReplyDelete
  18. Saya lepasan spm and skrg tgah tggu result. Kalau nak apply msu boleh dapat mara terus ke atau macam mana ye?

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau msu kena masuk dlu then lepas habis stu sem baru dapat..yup..better call uni n dapatka maklumat trprinci..smga berjaya

      Delete
  19. salam,,nak bertanya,,kt msu ad brpe kli pengmbilan pelajar?
    selain pengambilan pelajar untuk kemasukan bulan 9,bulan 10 ad x?

    ReplyDelete
  20. Berape syarat pointer lepasan matrik untuk pinjaman Mara unikl until program ijazah?

    ReplyDelete

Ai, takkan tengok je.:)

~TinGgalkan JEjak Anda~