December 28, 2010

ASYIK MAKAN JA~

BILA JARI JEMARI BERSUARA!

Salam buat semua blogger...sebelum hari-hariku bertambah sibuk untuk uruskan Program bersama pelajar baru UPSI ambilan Disember..maka baiklah mengupdate blog sampai lebam waktu2 camni..semalam dari pagi geng JMK KAB bertolak ke gua musang untuk survey tempat bagi melaksanankan program Kembara Ilmu Darul Naim awal bulan dua thun depan..waktu cuti raya cina..Lokasi adalah Di Felda Ciku Tujuh Gua Musang..nantikan ya warga Felda..Maknanya kami bakal dapat ibu dan ayah angkat dari warga Felda..yepppy!

Owh ya berbalik pada tajuk entry..perjalanan semalam mengambil masa lebih kurang 4 jam je...dok lam van asyik mengunyah ja..jumpa petronas beli makanan..jumpa Rn R berenti jap...Jumpa kedai makan best2 pon berenti...nak berenti melepaskan hajat pon beli makan..senang cite memang jalan2 sambil berenti makan la..lallalalalalala...

Oleh kerana Nak sampai Gua Musang kena melalui Cameron Highland(sipi2 ja)..maka cam biasa nampak kedai jual strawbery terus berenti..makan2 strawbery..haa tengok tu ada yang dah meleleh air liur...dah abis da...hahahah..pastu amek gambar la(acara wajib)~

Jejaka terhangat KAB~wuahahhaha

Dah sampai kat gua musang tu kami berenti makan kat satu kedai ni...kedai yang jual mee celup..fuhhhhhh..sedappp makan kueh teow celup dengan air fresh orange waktu tengah hari...jadi fresh oo..ada geng2 aku yang minum air tuak~baru nak rasa tuak kelantan camna..perghh..pekat..korang jangan main2..kalau kat kelantan tuak ni fofular tau waktu bulan puasa...memang laku la..(pss: tuak tu air nira la~)

pastu dah sampai kami disambut oleh Ketua Pusat Felda GM.Penghulu kampung Felda Ciku 7..Guru2 KAGUM..n wakil PPD GM..masa sesi perbincangan adalah sedikit taaruf..masa tu title Anak Kandung Suluh Budiman(warga UPSI) rasa sangat menusuk hati..sebab wakil PPD bekas pelajar UPSI  juga nasihatkan jadilah guru yang sanggup berkhidmat walau berada di ceruk mana sekalipun..
masa sampi turn aku memperkenalkan diri..tak tau nak cakap bahasa pa..arghhh:
Sesi perbincangan yg sangat rancak~

"Assalamualaikum..boleh panggil saya Loqman..merangkap AJK Protokol..lahir dikelantan tapi sejak darjah 6 menetap di melaka..err tok reti kecek kelate doh..lidoh keras!"disambut ketawa oleh wakil2 tu..hampeh..boleh ja nak cakap kelantan..mek(nenek aku) ada lagi kat kelantan..kalau berpeluang balik cuti2 raya aku balik gak..selalu kena sound ngn mek aku.."oloh toksoh kecek luar la!mek tok pehe kecek luar"..hehehehhe..yolah mek weii...

Bila dah abis perbincangan apalagi!bergambarla sebagai bukti..heheh

Selepas tu perjalanan pulang ke kolej pon bermulalah..lebih kurang pkul 6 ptng jugala bertolak..masa dalam perjalanan tu nampak ada pasar malam..berentiiiiiiiiiiiiiiiii~
1..2..3..yeay2..gambar akak masuk blog..!

Perjalanan diteruskan..kali ni aku terus tutup mata n sampai satu masa terjaga..rasa cam kesejukkan yg teramat..dalam gelap malam aku bukak mata..tengok rakan2 lain pon terjaga..owh lalu dicameron..patutlah cm lam peti ais!mata dpejam blik sampailah van berenti lagi d tapah!makan2..Dari Tapah ke TM dekat ja..dalam pkui 12.30 mlm sampailah  kolej..Allhamdulilah semuanya selamat..
kepada Warga Felda Ciku 7 nantikan kedatangn kami~

Sekolah yang bakal digegarkan dengan program!

pss:Dimana ada kemahuan disitu ada jalan!sebab tu tak sesat g gua musang..ngehehhehe





9 comments:

  1. makan itu pnting itu kesihatan..wakakak

    ReplyDelete
  2. selamat bekhidmat cikgu...wah, kat kelantan tuh...:)

    ReplyDelete
  3. nice...yes!..terbaik luqman..memang itu lah ysng perlu di lalui sebagai mahsiswa..berkhidmat untuk masyarakat. cara ini terbaik. selain itu..cara upsi..mengajar para siswanya untuk lebih dekat dengan dunia luar..yela mcam kita tahu..yang pelajar upsi bakal posting di mana2..jadi cara ini bakal membuka minda jika mendapat tempat posting di luar bandar.

    tak rugi jika kita bertukar-tukar pendapat dengan orang2 kampung yg lebih tua daripada kita. mungkin ada ilmu yang lebih baik daripada dia..

    selai itu ..aktiviti ini juga boleh mengeratkan Upsi dengan masayarakat luar. dan membuka minda ana2 muda di dalam perdalaman yang agak tertutup mengenai dunia universtiti ini..dengan kedatangan mahasiswa daripda universitit..mereka akan tahu kelebihan apabila duduk di universiti secara tak langsung pasti diorg lebih semangt unutk belajar.

    nic work!!! keep it up..

    tahniah bro!!!

    ReplyDelete
  4. insyaallah sem depan sy berpeluang wat program cam nie gak...tp kat skul area selngor jer la kot hhehehehe paper pun idup kelantan eh salah idup bakal cikgu dan cikgu2

    ReplyDelete
  5. lagi bape taun nak jadik cikgu betol nih..keeke

    ReplyDelete
  6. teringat baktisiwa kat grik dan banting

    ReplyDelete
  7. Sumpah cikgu lokman hakim yang paling hangat dalam gambaq jejaka terhangat tuu.. HAHA

    ReplyDelete
  8. amboih.. kuning menyale2 jejaka hangat dipasaran yea. hoho

    ni link tutorial utk komen box. ^^

    http://www.liyanaa.com/2010/05/macam-mana-nak-lawakan-comment-box.html

    http://www.blogbulk.com/2008/11/customizing-embedded-comments-below.html

    sile study yea cikgu.. ^^

    ReplyDelete

Ai, takkan tengok je.:)

~TinGgalkan JEjak Anda~