August 30, 2010

::Rezeki Ramadhan::

Salam ukhwah sahabatku..
Sedar tak sedar hampir 20 hari dah kita puasa..Allhamdulillah setakat ni aku puasa penuh..heheh..Sepanjang bulan ramadhan ni macam-macam perkara yang aku lalui..tapi something yang wat aku terkejut berlaku..jeng2..Semalam aku pergi program perasmian logo dan perpustakaan kat surau Al-Falah Kab..Turun semata-mata nak memeriahkan majlis..tiba-tiba masa penyampaian hadiah..aku dapat Johan mengarang sajak ramadhan...satu kejutan besar..sebab bilamasa aku hanta pon tak ingat da..tapi yang pasti mmg aku ada karang sajak yang bertajuk muhasabah ramadhan..pukul 3 pagi baru siap..bersyukur dengan rezeki yang dikurniakan..tambah2 dapat sebuah buku Prof Dr Abdul Basith Muhammad As Sayyid yang berjudul "Cara Makan Rasulullah (SAW)makanan sihat dan berkualiti"..amat bertepatan la unuk menyedarkan aku cara makan yang betul di bulan ramadhan ni...


Sekadar perkongsian..memetik dari buku tersebut:
Ayat-ayat Al-Quran dan hadith-hadith Nabi S.A.W banyak sekali berbicara tentang makan dan makanan yang dapat memelihara kesihatan manusia serta menjamin perkembangannya pada kehidupan yang ideal.Akhirnya kesihatan jasmani, psikologi, rohani juga sosial benar-benar wujud dalam tubuhnya:

Allah S.W.T berfirman:
Ertinya:dan dialah yang menurunkan air hujan dari langit.Lalu kami tumbuhkan dengan air itu segala jenis tumbuh-tumbuhan.Dan kami keluarkan dari tumbuh-tumbuhan itu tanaman yang menghijau.Kemudian kami keluarkan daripada tanaman yang menhijau itu biji yang banyak.Dan dari mayang kurma mengurai tangkai-tangkai yang menjulai, juga kebun-kebun anggur.Serta (kami keluarkan pula)zaitun dan delima yang serupa dan tidak serupa.Perhatikan buahnya pada waktu pokoknya berbuah dan (perhatikan pula)kematangannya.Sesungguhnya pada yang demikian itu terdapat tanda-tanda(kekuasaan Allah) bagi orang-orang yang beriman.

1 comment:

Ai, takkan tengok je.:)

~TinGgalkan JEjak Anda~