Salam..tetiba rasa pedih pulak time makan..rupanya ulser mulut aku jadik balik kat tempat laen.,..pedih ooo..aku pun tak taula kenapa senang sangat kena ulser mulut...rasanya baru je habiskan antibiotik yang doktor bagi semlam..hari ni merebak tempat laen pulak..sob3...semoga cepat sembuh..esok nak pegi klinik ag tambah bekalan antibiotik..
::ulser mulut::
Berikut info yg aku dapat melalui bahagian Pendidikan Kesihatan:
Ulser Mulut
Latar belakang
Ulser mulut merupakan luka dalam mulut yang berwarna putih atau kuning yang dikelilingi oleh warna kemerahan dan menyakitkan.
Apakah yang menyebabkan ulser mulut?
Penyebab sebenar ulser mulut tidak diketahui. Ia mungkin terjadi disebabkan oleh :
■Stres
■Perubahan hormon
■Jangkitan (infeksi)
■Kekurangan zat makanan
■Alahan
■Radioterapi
■Kimoterapi
Tanda-tanda (simptom)
Tanda-tanda ulser mulut termasuk :
■Rasa membakar dalam mulut
■Kesakitan
■Tidak selesa
■Hilang selera makan
■Demam
Berapa lama ulser mulut akan sembuh?
Kesakitan biasanya akan berkurangan dalam tempoh 3-4 hari tetapi ulser akan mengambil masa selama 10-14 hari untuk sembuh.
Perhatian
Dapatkan pemeriksaan di klinik pergigian jika ulser berlanjutan selepas dua minggu untuk memastikan ia bukan lesi kanser dan pra-kanser.
Apa yang boleh anda lakukan?
Untuk melegakan rasa sakit, anda boleh mencuba petua-petua berikut :
■Gunakan bahan kumuran antiseptik
■Sapu gel atau krim penahan sakit
■Kekalkan kebersihan mulut yang baik
■Makan makanan lembut
■Elakkan makan makanan panas dan pedas
■Banyakkan minum air
pss;kurang minum air kot..hemmm
kesiannye~ minum air msk byk2.. ;)
ReplyDeletetula..maseh...
ReplyDeleteaku pernah kene gak..tapi slalunye bende tu xlama..sabar ar..nanti baik ar tu..
ReplyDeletemuhamad:ooo yaka...ok2 mampu bersabar..sbb da bnyak kali kena..
ReplyDeleteUish.... tengok gambar tue dah rasa ngilu jap...
ReplyDeletegood info..keep it up..
ReplyDeleteBen Nyah Pesaing Ben Ashaari ?