March 22, 2010

Jelajah cameron highland-siri 2...

SIRI DUA-LADANG SAYURAN ORGANIK

        kalau ikutkan tentatif sepatutnya kami sampai pkol 10.30 tapi sebab dah bertolak lambat tadi, jadi kol 11.30 baru sampai..tambah pulak jalan jam masa nak naik ats tadi..banyak gler bus ..dari pelbagai universiti n tempat..maklumlah waktu cuti sekolah kan..
.
         Baiklah, destinasi pertama kami ialah ladang organik dan sayuran kat Brincang(cameron la)..ladang ni dah beroperasi hampir 14 tahun dan mempunyai keluasan 3 ekar..tanaman sayuran utama ialah brocoli..(korang penah makan tak)..kalau korang nak tahu..bila sebut jew organik maksudnya sayuran ini bebas daripada sebarang jenis racun..jadi jangan tanya soalan demikian "sayur ni ada racun tak?"..ok..
sayur jenis brocoli ni hanya makan masa tiga bulan sahaja untuk matang sebelum dituai.Tapi besala,mesti ada ancaman makhluk asing..opss makhluk perosak k..makhluk yang merosakkan tanaman ni suka makan daun brocoli(ada gak daun2 yang belobang )..menatang ni pulak cepat membiak..sebiji telur boleh menghasilkan 300 larva..pegawai yang bagi penerangan tu dah tunjuk ulat tu...betul2 kat bawah daun brocoli..jadi cara yang efektif untuk mengatasi masalah ancaman ni ialah dengan menanam sawi..kenapa sawi pulak jadi mangsa??kata en lee..makhluk ni suka makan daun sawi daripada brocoli sebab daun sawi lebih lembut.Jadi sawi hanya digunakan sebagai umpan sahaja.menarik kan..

            Dari segi keuntungan pula biasanya untung bersih yang diperolehi ialah RM4000..kadang-kadang kalau permintaan meningkat, keuntungan boleh mencecah 2 kali ganda.Bilangan pekerja ialah seramai 6 orang..jom kita tinjau-tinjau nak..terjah...juzzzzzzzzzzzzz...

::tekun mendengar taklimat penanaman sayur organik:;
::nila mesin memproses baja kompos..baja kompos digunakan untuk meningkatkan nutrient tanah::

::tadaa..baja kompos yang siap sedia untuk digunakan ..baja ni dibuat daripada sisa kopi, hampas kelapa, tahi kelawar yang berusia 10 tahun,dan batang brocoli..

::pandangan ladang brocoli..subur kan!!:;

::posing jap kat ladang..sebenarnya bawah daun tu ada beberapa ekor ulat ratus..begerak2 sambil mengeliat..eeee..haha::

pss:aku tanya soalan..""berapa keuntungan tanam sayur ni?"..lantas dijawab.."sebenarnya kami tanam sayur bukan nak untung,,tapi memberi kesedaran kepada masyarakat bahawa sayuran organik baik untuk kesihatan,,makanlah sayur2 organik.."renung-renungkan..

2 comments:

Ai, takkan tengok je.:)

~TinGgalkan JEjak Anda~

Lawat Blog mereka juga~