January 30, 2010

::BuMi tERCiNTA InI::

BUMI TERCINTA INI

Sesekali kita jejak bumi tercinta ini
pasir bagaikan permaidani putih didada awan
rumput bagaikan baldu hijau di dataran bulan
batu-batu bagaikan sofa di pinggiran bintang

sesekali kembara di bumi tercinta ini
bukit-bukau menguntum senyum kehijauan
pantai landai terhampar indah keputihan
pulau-pulau melambai murni kedamaian
hutan belantara menggamit mesra kesuburan

apakah yg kita temui
dari kembara ini?
sebuah hakikat sejati
bumi sejati adalah hak kita sendiri
tangan-tangan kerdil inilah
yg berhak mewarnai dan mencorakkanya sendiri
menyuburi belantara
meneroka isi buminya
membangun kota raya
kitalah warga berwawasan...

pss:sedarkah kita tangungjawab terhadap bumi anugerah ALLAH ini??
mari bersama kita semai benih2 kejayaan
pada generasi mendatang...
bersama kita pelihara tanah bertuah ini!!






Bercakap tentang semai benih ni..sem ni aku kena tanam capsicum annuum..tau tak apa tu??
jeng2..capsicum annuum tu cili!
cara penanaman cili kena semai dulu biji benih dlm kotak semaian..jom kita semai...



::kotak semaian cili::



::jom semai biji benih capsicum annuum::

0 Hantar Kerja Sekolah!:

Post a Comment

Ai, takkan tengok je.:)

~TinGgalkan JEjak Anda~

Lawat Blog mereka juga~