December 8, 2009

TANAM JAGUNG..

::TaNam Jagung::

Banyak benda boleh buat kalu kita berbakti pada tanah..cuma antara nak ngan tak nak jew..klu nak buat sesuatu tu semua boleh jadi…pernah tak kita fikir berapa banyak pulangan yang kita dapat kalau kita usahakan tanah terbiar seluas seekar??wat masa ni aku tak boleh bagi jalan kira..sebab baru nak masuk sem 2..subjek agronomi tak amek ag..he3..tapi yang pasti duit tu tetap dapat..berbanding jika kita biarkan tanah terbiar
terus terbiar jadi tempat lalang dan rumput tumbuh..takkan nak makan rumput!!!bukan kambing or lembu..kambing lembu boleh la makan rumput sebab perut binatanga tu ada enzme yang bleh digest chlorophyll…ha.. manusia perlukan makanan untuk bekalan tenaga..nak bejalan..nak tu la..nak ni la..hmm…panjang plakk kan..haha..s
sebenarnaya nak cerita la ckit pasal aktiviti bakal cikgu sains pertanian upsi sem1 2009…kami kena wat projek tanam jagung..seronok dapat keluarkan peloh sambil berbudi pada tanah ni…masa mula -mula pegang cangkul memang tangan dah lunyai…ha..lepas da biasa pegang cangkul da macam pegang penyapu jew..smooth jew…pastu proff edarkan benih2 jagung untuk ditanam..satu batas yang panjangnya lebih kurang lima kaki akan ditanam benih sedalam 2 inci…lepas tu wat la teknik sungkupan untuk tingkatkan kelembapan tanah…sambil tu apply la baja organik atau nama kampung baja tahi ayam..
mula2 dop fikir..sempat ke tuai jagung hujung sem ni..tak sabar plak nak makan..bila benih tu da mula tumbuh..sekejap je besar..masa tahap kedua ni kena apply baja N.P.K…nitrogen,phosporus n kalium…untuk pertumbuhan daun dan buah..senang je..dalam masa 2 bulan jagung da mengeluarkan hasil..kitorang raya jagung la…tak habis makan jual kat sekitar upsi..ALLHAMDULILAH dapat sambutan yg menggalakkan…jadi aku nasihatkan kat sapa2 kat luar sana..klu kat rumah ada tanah terbiar ditambah pula ada masa terluang ..tanam je jagung..ingat!!kita berbakti pada tanah..nanti dapat hasil yang balas balik budi kita tu…

senyum je bila berbudi kat tanah..
gambar kenangan ngn buah jagung yg makin subur!!

hasilnya!!sweet corn..sedaapp..nyam2..
tangan waktu mula2 dulu..skunk da kebal da..hhaha


0 Hantar Kerja Sekolah!:

Post a Comment

Ai, takkan tengok je.:)

~TinGgalkan JEjak Anda~

Lawat Blog mereka juga~