November 1, 2009

kita tinjau pertanian di malaysia


@@@ Kepentingan Pertanian di Malaysia

a. Pengeluaran bahan makanan

· Memenuhi keperluan bekalan makanan penduduk

· Kurang kos import bahan makanan

· Memenuhi keperluan keselamatan negara

b. Pengeluaran bahan mentah

· Bahan mentah untuk keperluan industri

· Contoh : getah – tayar ; kelapa sawit – minyak masak dll.

c. Pendapatan eksport

· Jualan hasil pertanian seperti getah, kelapa sawit, koko dll.

· Sumber aliran masuk wang asing

· Meningkatkan KDNK Negara

d. Peluang pekerjaan

· Melibatkan bilangan tenaga kerja yang besar

· Tiga kumpulan utama pekerjaan bidang pertanian ialah kumpulan pengeluaran, perkhidmatan dan pembuatan

1.2 Tanaman dan Ternakan di Malaysia

Tanaman

Kawasan utama

Kelapa sawit

· Johor (Rancangan Johor Tenggara, Rancangan Johor Selatan, Segamat)

· Pahang (Jengka, Pahang Tenggara)

· Perak (Teluk Intan,Sungai Siput, Trolak)

· Selangor (Klang, Kampar, Batang berjuntai)

· Sabah (Sandakan, Lahad Datu, Tawau)

Getah

· Johor, Pahang, Perak, Kedah, Perlis, Sarawak, Sabah

Koko

· Perak (Teluk Intan)

· Selangor (Sabak Bernam)

· Johor (Batu Pahat, Muar)

Kelapa

· Selangor (Sabak Bernam)

· Perak (Teluk Intan,Bagan Datoh)

· Johor (Batu Pahat)

· Sabah (Lahat Datu, Tawau, Kudat)

· Sarawak (Mukah, Kucing)

Padi

· MUDA (Kedah-Perlis)

· Dataran Kelantan

· Seberang Perak

· Krian-Sungai Manik

· Barat Laut Selangor

Sayuran

· Cameron Highlands, Banting, Lembah Kinta, Wakaf Stan dan Kundasang

Buah-buahan

· Durian – Batu Kurau, Bukit Gantang, Segamat

· Rambutan – P. Pinang, Muar

· Limau – Jerantut, Ulu Terangganu

· Limau bali – Ipoh

Teh

· Teh tanah tinggi – Cameron Highlands dan Kundasang

· Teh tanah pamah – Banting dan Bukit Cheding

Tebu

· Kedah (Padang Terap)

· Perlis (Chuping)

Kopi

· Kedah – Kopi Robusta

· Cameron Highlands – Kopi Arabica

Florikultur

· Cameron Highlands, Johor, Perak ,Selangor

Lembu dan Kerbau

· Kedah, Kelantan, Sabah, Pahang

Kambing & biri-biri

· Kelantan, Kedah, Perak, Negeri Sembilan

Ayam

· Pulau Pinang, Perak, Johor, Selangor, Prai

Khinzir

· Negeri Sembilan, Perak, Selangor, Sarawak

1.2.1 Faktor yang mempengaruhi taburan tanaman dan ternakan

a. Faktor Iklim

· Kawasan tanah pamah/rendah – suhu tinggi sesuai untuk tanaman getah, padi dll.

· Kawasan tanah tinggi – suhu rendah sesuai untuk tanaman kubis, tomato dll.

· Ternakan baka tropika sesuai diternak di Malaysia.

b. Faktor Sejarah

· Zaman sebelum penjajahan Inggeris – tanaman sara diri seperti padi, kelapa dll.

· Zaman penjajahan Inggeris – getah dan kelapa sawit.

- Imigran Cina membawa masuk ayam dan khinzir

- Imigran India membawa masuk lembu LID

· Selepas merdeka pelbagai tanaman diusahakan

c. Faktor Ekonomi

· Pasaran dan infrastruktur mempengaruhi taburan tanaman dan ternakan

· Pasaran perlu ada untuk memudahkan hasil dipasarkan.

· Infrastruktur ialah kemudahan dan perkhidmatan asas (pengangkutan, bekalan elektrik, air dll.) untuk membangunkan sektor pertanian.

d. Faktor Dasar Kerajaan

· Kerajaan melancarkan DPN dan RRJP3

· Peningkatan pengeluaran makanan dengan cara pembukaan kawasan baru dan guna tanah secara intensif.

· Peningkatan kecekapan dan produktiviti sektor pertanian

· Memaksimumkan pendapatan melalui penggunaan sumber secara optimum

· Kerajaan telah memajukan semula sektor pertanian secara sistematik

1.3 Trend Pertanian Di Malaysia

a. Mempelbagaikan tanaman dan ternakan

· Matlamat - untuk mengelakkan negara bergantung kepada satu jenis tanaman atau ternakan sebagai punca pendapatan.

· Faedah - menambah dan mempelbagaikan jenis tanaman dan ternakan

- menambah pendapatan petani

- mempelbagaikan ekonomi negara

- meluaskan pasaran hasil pertanian

· Bidang usaha yang berpotensi maju – lebah madu, daging rusa, burung unta, puyuh, buah-buahan, sayur-sayuran dan tanaman herba.

b. Pertanian berorientasikan eksport dan komersial

· Matlamat - untuk mendapatkan pendapatan eksport

- untuk memperolehi tukaran wang asing

· Bidang usaha yang berpotensi untuk dieksport – belimbing, manggis, jambu batu, petola segi, keledek, serai, orkid, kekwa dan ros

· Masalah pemasaran:

- Cukai import lebih tinggi

- Persaingan dengan hasil serupa dengan keluaran negara pengimport

- Kos penghantaran yang tinggi

- Bentuk sekatan seperti peraturan kasihatan, keperluan sijil import dan keperluan pembungkusan

c. Hubungkait pertanian dengan pelancongan

· Agrotourism merupakan program pelancongan berasaskan pertanian

· Contoh program agrotourism seperti homestay, farmstay, hutan rekreasi dan kolam memancing ikan.

· Kaedah untuk memajukan sektor agrotourism secara mengadakan ladang komersial, lebuhraya merentasi kawasan perladangan, muzium atau taman pertanian dan promosi melalui media massa.

d. Hubungkait pertanian dengan landskap

· Landskap - pemandangan di atas daratan termasuk bentuk muka bumi, bangunan, jalanraya dan tumbuh-tumbuhan

· Perlandskapan - kegiatan merancang, merekabentuk dan menguruskan landskap untuk tujuan rekreasi, keselesaan dan keselamatan manusia

· Tujuan - menghasilkan pemandangan yang menarik, nilai estetika dan mendapatkan hasil yang lumayan

· Contoh - getah dan kelapa sawit ditanam berdasarkan susunan dan corak tertentu.

e. Ladang kontrak

· Perladangan yang melibatkan perjanjian secara rasmi di antara pengusaha pertanian dengan pembekal (pembeli/penyedia modah)

· Tujuan - mengurangkan risiko kerugian dan menyediakan pasaran hasil pertanian yang tetap

· Faedah:

Pengusaha Pertanian

Pembeli

- Tidak bimbang pemasaran hasil

- Tidak memerlukan modal yang banyak bagi memulakan perusahaan

- Mendapat latihan, khidmat nasihat dan kemudahan lain dari pembeli

- Mendapat bekalan pada masa ditetapkan

- Mendapat bekalan pada harga dipersetujui

- Mendapat bekalan mengikut kuantiti dan kualiti yang ditetapkan

· Contoh ladang kontrak - ayam pedaging untuk restoran KFC, ikan keli dan siakap untuk restoran dan bunga untuk hotel

f. Penggabungan ladang kecil

· Ladang kecil digabung menjadi ladang kelompok atau ladang bersaiz besar seperti mini estet

· Contohnya ladang getah, kelapa sawit dan sawah padi

· Mempastikan keberkesanan penggunaan sumber sedia ada

· Agensi pertanian seperti LPP membekalkan input pertanian dan pemasaran

· Ahli menjaga dan menguruskan ladang mereka

· Tujuan - meningkatkan produktiviti ladang dan pendapatan petani melalui

pembangunan komoditi dalam jumlah yang besar dan tersusun.

g. Perhutani

· Maksud - Kegiatan pertanian dan perhutanan dibangunkan bersama-sama

- Beberapa jenis tanaman yang sesuai digabungkan dalam satu kawasan

· Tujuan - memberi perhatian kepada masalah kekurangan sumber pengeluaran seperti tanah, buruh dan modal

· Contoh – tanaman rotan di dalam kebun getah, ladang pokok jati dan sentang

· Manfaat integrasi pertanian dan perhutanan:

- Mewujudkan ruang untuk gabungan perusahaan perhutanan dan pertanian.

- Mengoptimumkan penggunaan sumber terutama tanah.

- Menyokong pelbagai perhubungan simbiotik seperti penanaman spesis pokok hutan dengan tanaman industri pertanian.

- Membolehkan pengeluaran hasil pertanian dan perhutanan dari tanah yang sama.

- Mengurangkan permintaan untuk tanah pertanian yang baru.

- Meningkatkan pendapatan dari pelaburan.

1.4 Isu Pertanian Di Malaysia

a. Produktiviti

· Kecekapan menggunakan input pengeluaran untuk mengeluarkan hasil yang maksimum.

· Kekangan meningkatkan produktiviti sektor pertanian:

i. Sektor pertanian tidak diusahakan dengan cekap

- input tidak digunakan dengan cekap seperti baja digunakan secara membazir

dan penggunaan tenaga buruh yang tinggi

ii. Daya pengeluaran yang rendah

- permintaan kelapa tinggi tetapi pengeluaran rendah

- hasil rendah kerana menggunakan benih atau baka tidak bermutu

iii. Saiz ladang terlalu kecil

- keluasan yang kecil menyukarkan penggunaan teknologi dan amalan yang

ekonomikal

- hasil rendah

iv. Kurang penggunaan teknologi yang lebih berkesan

- petani kurang menggunakan teknologi moden

- cara meningkatkan produktiviti – pekebun kecil menggunakan klon-klon getah

baru, teknik penorehan ‘puncture tapping’ dan sistem pengairan moden dalam

penanaman sayur-sayuran.

v. Perubahan cuaca dan iklim

- kesan cuaca seperti musim hujan dan panas menjejaskan produktiviti

· Langkah mengatasi kekangan produktivit/produktiviti rendah:

i. Ladang kelompok

- ladang-ladang kecil digabungkan untuk memastikan keberkesanan penggunaan sumber sedia ada.

- Ladang kecil digabung menjadi ladang kelompok atau mini estet

- Contohnya ladang getah, kelapa sawit dan sawah padi

ii. Perladangan campuran

- menanam lebih dari satu jenis tanaman dalam satu kawasan penanaman.

- dapat menambah pendapatan petani

contoh : menanam pisang dalam kebun kelapa atau kebun getah dan menanam koko dalam kebun kelapa sawit

iii. Penggunaan teknologi

- kaedah kultur tisu dapat menghasilkan lebih banyak bahan penanaman yang berkualiti dan tahan penyakit dalam masa singkat.

- guna jentera atau teknologi pengairan titisan dan percikan

iv. Mengadakan program latihan dan bimbingan kepada petani.

b. Ketidakstabilan harga

- Pengeluaran hasil sukar disesuaikan dengan permintaan pasaran.

- Hasil pertanian cepat rosak dan teknik penyimpanan terhad menyebabkan hasil

pertanian tidak dapat disimpan sementara menunggu harga meningkat.

- Kos pengeluaran semakin meningkat membebankan petani.

- Bekalan yang berlebihan juga menyebabkan ketidakstabilan harga.

- Langkah mengatasi ketidakstabilan harga:

- Memproses hasil tanaman seperti cili dijadikan sos

- Agensi kerajaan membeli hasil yang berlebihan

- Menghapuskan penggunaan orang tengah

- Memperkenalkan harga minimum terjamin / harga siling

- Mencari bahan alternatif baru untuk makanan ternakan

c. Penyebaran Dan Pengamalan Teknologi Baru

· Teknologi baru penggerak negara mengeksport lebih banyak bahan pertanian.

· Amalan teknologi baru seperti pertanian persekitaran terkawal dan penanaman sayuran secara fertigasi

· Cara mengatasi masalah penyebaran dan pengamalan teknologi baru :

- mengadakan lawatan ke kebun

- memberi penerangan, kursus dan bimbingan secara berterusan

- penggunaan media massa secara meluas / kempen

d. Pendidikan Dan Latihan

· Melahirkan petani dan penternak yang berdaya maju dan inovatif.

· Kementerian Pertanian menjalankan program latihan dan bimbingan, penyelidikan dalam teknologi makanan dan industri herba berasaskan pertanian.

· Cara mengatasi masalah kekurangan pendidikan dan latihan

- menggiatkan aktivti latihan untuk petani

- memperbanyakkan penyelidikan dan menggiatkan pengembangan

- memperbanyakkan pusat latihan/institusi latihan pertanian

e. Penghijrahan Penduduk

· Hijrah dari desa ke bandar

· Kerana faktor:

i. Sosial – gaya hidup di bandar, mobiliti sosial dan infrastruktur moden

ii. Ekonomi – pendapatan yang kurang lumayan / rendah di desa, pertanian banyak risiko

· Kesan penghijrahan – pertanian tidak dapat diusahakan secara efisien

· Langkah mengatasi penghijrahan penduduk

- membawa industri ke desa / buka kilang di desa

- menggalakkan belia berkelulusan pertanian mengusahakan pertanian secara professional dan komersial

f. Pencemaran Alam Sekitar

· Punca pencemaran:

- sisa bahan pertanian contohnya sisa getah dan kelapa sawit

- sisa toksik dari racun makhluk perosak

- asap dari pembakaran

- pembuangan najis yang tidak terkawal dari industri ternakan

- penghasilan gas metana melalui pereputan sisa pertanian

- hakisan kawasan penanaman

· Cara mengatasi pencemaran:

- guna semula sisa pertanian untuk makanan ternakan dan medium penanaman

- guna kaedah biologi untuk merawat air tercemar

- penguatkuasaan undang-undang

- mengurangkan penggunaan racun perosak – rumah jaring kalis serangga, kawalan perosak bersepadu, kawalan biologi dan menanam secara organik

g. Kekurangan Buruh

· Punca kekurangan buruh:

- penduduk tempatan tidak berminat bekerja di ladang menyebabkan buruh asing dibawa masuk

- golongan muda berhijrah ke bandar

- pendapatan kurang lumayan

- pulangan pertanian rendah

- perusahaan pertanian berisiko

- perbezaan taraf hidup penduduk desa dan bandar

· Langkah-langkah mengatasi kekurangan buruh :

- Penggunaan teknologi baru

- Penggunaan mekanisasi ladang

- Aplikasi bioteknologi

- Pertanian persis (tepat)

- Gunakan tenaga buruh asing

- Menyediakan suasana kerja yang menarik untuk menarik pekerja tempatan

1.5 Peranan institusi dalam pembangunan pertanian

a. Menyediakan infrastruktur

· Sistem pengairan dan saliran, sistem jalan raya, sistem komunikasi, bekalan elektrik dan air

· Institusi terlibat JPS, FELDA, RISDA, JKR, TNB

b. Menjalankan penyelidikan dan pembangunan

· Meliputi pengeluaran, lepas tuai dan aktiviti hiliran (pemprosesan, penyimpanan, pembungkusan,pengangkutan)

· Institusi terlibat seperti MARDI, RRIM, MCB, Guthri, Sime Darby

c. Memberi khidmat nasihat dan latihan

· Lawatan dan latihan oleh agen pengembangan

· Institusi terlibat seperti Jabatan Pertanian, JPH, LPP,RISDA dll

d. Menyediakan peluang pekerjaan

· Penyelidik, pegawai pengembangan, perunding, agen pemasaran dll

· Institusi terlibat seperti MARDI, RRIM, LPP, dll

e. Menyediakan bantuan kewangan

· Perkhidmatan memberi kredit

· Institusi terlibat seperti BPM, LPP, Jabatan Pertanian dll.

f. Membuat penyeliaan

· Menentukan prosedur dan undang-undang dipatuhi (penggunaan racun, pencegahan penyakit, pemeriksaan mutu hasil pertanian)

· Institusi terlibat seperti Jabatan Pertanian, JPH, MPOB, BERNAS, dll

g. Membantu pemasaran hasil

· Mendapatkan pembeli, menyediakan kemudahan pemprosesan, penyimpanan, pengangkutan dan pemasaran.

· Institusi terlibat seperti FAMA, MARDEC, LTN, BERNAS dll.

0 Hantar Kerja Sekolah!:

Post a Comment

Ai, takkan tengok je.:)

~TinGgalkan JEjak Anda~

Lawat Blog mereka juga~